myspace layouts, myspace codes, glitter graphics
Orang Online myspace layouts, myspace codes, glitter graphics



myspace layouts, myspace codes, glitter graphics

myspace layouts, myspace codes, glitter graphics

myspace layouts, myspace codes, glitter graphics

myspace layouts, myspace codes, glitter graphics



Daisypath Anniversary tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers


About Me

Mycodesplace - the best myspace site


Name::intan
From::Alor Setar, Kedah, Malaysia
I luv cooking..47 yrs old.I’m a happily married woman of many years to the most amazing man. Mother of three PERFECT children...I'm a working Mum who loves every minute of it. My 2 daughters and only 20 year old son is the center of my world. My husband is better to me than I deserve. I'm a lucky woman.
View my complete profile myspace layouts, myspace codes, glitter graphics

Please come again..





Blogging la pulak

Assalamualaikum semua...

WELCOME 2010

Ikan Gelama (masin) masak cili padi

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! MALAYSIA GENAP 52 TAHUN

ROTI JALA BERKUAH KARI DAGING BAHAN BAHAN ROT...

Assalamualaikum , Do'a malaikat Jibril menjelang R...



My new collection of Flowerwallscone :)

SAGU LEMAK BERKRIM~PILIHAN SEKELUARGA





May 2006 October 2006 November 2006 December 2006 January 2007 March 2007 April 2007 May 2007 June 2007 July 2007 August 2007 September 2007 November 2007 January 2008 March 2008 May 2008 June 2008 May 2009 August 2009 September 2009 December 2009 November 2011 June 2014




Resepi Kak Noormasri
Ct Nik Resepi
alangbuana
Jom Masak-masak!!!
Koleksi Resipi Diana
sitisalmi-cross stitch
Syidah: ME INSIDE OUT
Koleksi Resepi Kak Liza
Kak Umi Silk Ribbon
Jom Intai Dapur Mak Lang
SHOPPING WITH LILY
batriesyiahomemade
Jemput Singgah Ke Teratak Chetam
HE



Nora's Touch Welcome to my world of colours

Suesafia'S Cottage

Emelyn's Garden Home Decor

Haz Cottage Charm

HANDBAGS AT MAMA FORUM

tudung online

darmocottage

Hiasan Rumah Inggeris

English Furniture Custom Made & Hand painting



Blogger

FinalSense

Amazon

Yahoo

Ebay

myspace layouts, myspace codes, glitter graphics



Google
<$RESEPI PILIHANKU$>
myspace layouts, myspace codes, glitter graphics
Ikan Gelama (masin) masak cili padi
Bahan-bahan:
3 ekor ikan gelama masam/masin(digoreng & ditumbuk)
5 ulas bawang merah (ditumbuk)
3 ulas bawang putih(ditumbuk)
15 biji cili padi (ditumbuk)
1 biji bawang besar(dipotong bulat)
Minyak masak secukupnya
serbuk perasa secukupnya
Air asam jawa secukupnya
1. Panaskan kuali,masukkan ikan gelama dan goreng hingga garing. Angkat dan sejukkan. Asingkan isi ikan gelama diasingkan daripada tulangnya. Kemudian isi ikan gelama ditumbuk sehingga hancur.Ketepikan.
2. Tumbuk bawang merah, bawang putih dan cili padi sehingga lumat.
3. Panaskan kuali dan masukkan sedikit minyak masak. Kemudian masukkan bahan-bahan yang ditumbuk.Masak sehingga kekuningan dan naik bau.
4.Selepas itu, masukkan ikan gelama yang telah ditumbuk tadi. Goreng  kesemua bahan-bahan tadi sehingga sebati. Masukkan serbuk perasa dan air asam jawa.Apabila kering masukkan bawang besar.Goreng sehingga bahan-bahan tadi kering dan naik bau cili padinya.
Cubalah resepi nih memang terangkat,rasa pedas dan masin tu yang mengancam sangat tuh... hehehe

Labels:

posted by intan at September 13, 2009 0 comments

myspace layouts, myspace codes, glitter graphics
<$RESEPI PILIHANKU$>
myspace layouts, myspace codes, glitter graphics
SOLOK LADA
Hari ni minggu cuti persekolahan akhir tahun,so mulalah aktiviti kat dapur.Macam2 permintaan dari suami dan anak2.Jadi mula sekali saya tunaikan dulu yang bapaknya,cili ni sebenarnya dia beli minggu lepas di pasar Siti Khadijah Kelantan, khas untuk buat Solok Lada.Ha... inilah hasilnya.Kekawan suma bolehlah cuba ia sesuai dimakan dengan nasi dagang atau nasi putih.Tapi hubby kata masak simple jadi tak payah masak nasi dagang.Dia cuma nak makan dgn nasi putih ja orait jugak.....



BAHAN-BAHAN:

1 ekor ikan tenggiri(rebus-ambil isi ikan)
2 cawan kelapa parut
6 ulas bawang
3 hiris halia
1/2 camca teh lada hitam
1 cawan santan
1 biji telur ayam
10 tangkai cili hijau
2 camca besar gula
1 camca teh garam

Cara membuatnya:

1.Tumbuk bersama isi ikan,lada hitam,halia dan bawang merah.
2.Satukan bahan tumbuk,kelapa parut,garam,gula.Gaul.
3.Masukkan telur.Gaul lagi.
4.Belah cili dan sumbat ramuan ikan.
5.Atur dalam periuk tanah,taburkan gula dan garam.Curahkan santan ke atas cili.
6.Masak di atas api sederhana sehingga ia masak.

Labels:

posted by intan at November 18, 2007 0 comments

myspace layouts, myspace codes, glitter graphics
<$RESEPI PILIHANKU$>
myspace layouts, myspace codes, glitter graphics
KETAM BERSOS

Masakan ini adalah kegemaran suami dan anak lelaki saya yang bongsu, inilah kegemaran mereka berdua.Kalau dimasak cara lain lambat sikit le nak habis.Bagi membuka selera suami dan anak-anak saya mesti masak ketam bersos, rasanya manis pedas.Nak tahu mcm mana rasanya cubalah masak.Cepat dan mudah.


KETAM BERSOS

Bahan-bahannya:

7 ekor ketam dibuang cengkerang dan dibersihkan
1 biji bawang besar-kisar
7 biji cili kering(dibuang biji dan direndam air panas)-kisar
2 senduk sos cili
2 ulas bawang putih -dititik(diketuk
1 cm halia-dipotong halus
2 sudu besar gula
Sedikit minyak masak
1 batang serai - dititik
serbuk perasa
Garam secukup rasa

Cara menyediakannya:

  1. Ketam dipotong hujung kakinya dan dibuang cengkerang.Bersih dan ketepikan.
  2. Kisar bawang besar dan cili kering sehingga ia menjadi halus.
  3. Panaskan kuali.Masukkan minyak masak,apabila minyak panas tumiskan bawang putih yang dititik(diketuk) dan halia yg dipotong kecil sehingga ia kekuningan.Dan masukkan bahan kisar tadi.Masak sehingga cili kisar ini naik bau.
  4. Selepas itu, masukkan sos cili.Kacau lagi sehingga ia pecah minyak.
  5. Masukkan gula,garam dan serbuk perasa da serai.Masak sehingga ia menjadi sebati.
  6. Kemudian masukkan ketam ke dalam kuali dan dikacau supaya ia bersalut dengan sos dan cili tadi.Biarkan sebentar supaya ketam itu masak.
  7. Apabila telah masak angkat dan hidangkan.

Labels:

posted by intan at September 01, 2007 0 comments

myspace layouts, myspace codes, glitter graphics
<$RESEPI PILIHANKU$>
myspace layouts, myspace codes, glitter graphics
IKAN MASAK TEMPOYAK

Sekarang ni kan musim durian so durian yg tak terhabis tu saya jadikan tempoyak( buah durian ni dari dusun mak). Saya ni mcm orang mengidam lah pulak bila tengok je tempoyak terus terfikir lama jugak tak masak tempoyak.Jadi , saya suruh suami belikan ikan dari Sg.Perak utk dibuat masak tempoyak(suami kerja sana).Ikan ni pun susah nak dapat tak tempah awal abis la! Dah dapat ikan terus je masak. Mmm... sedap sungguh.....


Ikan patin masak tempoyak

Bahan-bahan:

2 potong ikan patin @ ikan sungai(ikut citarasa anda)
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 batang serai ,diketuk
1 biji timun
5 tangkai daun kesum
1 keping asam gelugor
1 inci halia
10 biji cili padi
4 camca besar tempoyak
Garam secukup rasa
Serbuk perasa secukupnya
Air secukupnya


Cara-cara memasak:
1. Ketuk atau kisar bawang merah, bawang putih, cili padi dan halia. Bahan-bahan ini dicampur dengan tempoyak dan dikisar sehingga bahan-bahan ini menjadi halus.

2. Potong timun.

3. Di dalam periuk, campurkan bahan-bahan yang telah dikisar tadi dengan sedikit air- PERHATIAN:kepekatan kuah bergantung kepada anda - dan tambahkan serai , potongan timun dan diikuti dengan ikan. Masukkan juga asam keping, garam, serbuk perasa dan air secukupnya.



4. Masak sehingga ia mendidih dan sedikit pekat. Akhir sekali, masukkan daun kesum.

5. Kacau selalu supaya tidak meruap dgn api sederhana. Tutup api dan hidangkan.

Labels:

posted by intan at July 25, 2007 0 comments

myspace layouts, myspace codes, glitter graphics
<$RESEPI PILIHANKU$>
myspace layouts, myspace codes, glitter graphics
SIAKAP SWEET SOUR
Siakap Sweet Sour
Masakan ni menjadi kegemaran anak perempuan saya Aliah.Sampai sos pun dibalunnya !
Bahan- bahannya:
1 ekor ikan siakap [dibersihkan dan kelarkan] - dilumur dengan putihtelur,garam dan tepung jagung lalu digoreng garing

Bahan tumis :
5 ulas bawang merah (dimayang)
3 ulas bawang putih (dimayang)
1 cm halia (dihiris halus)
Bahan untuk sos:
2 sudu besar cli kisar
1/2 cawan sos tomato
3 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tiram
1/2 cawan air
2 biji cili merah (dipotong nipis)
1 biji tomato (belah 6)
1 /2 biji timun dipotong kecil dan memanjang
6 biji cili padi -diketuk
3 helai daun limau purut - optional
1 pokok daun bawang & daun sup (dipotong pendek)
Garam dan gula secukup rasa
minyak secukupnya
1 sudu besar tepung jagung - untuk pekatkan kuah

Cara:
1. Ikan dilumurkan garam,telur putih dan tepung jagung. Setelah itu, gorengkan sehingga ikan menjadi garing.
Hati-hati agar ikan tidak hangit.Terbalikkan kedua2 belah supaya masak rata.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia sehingga wangi.
3.Masukkan cili kering, sos tomato, sos cili, sos tiram dan air. Biarkan bahan-bahan sos ini sebati.
4.Masukkan sedikit air dan campurkan dengan tepung jagung untuk memekatkan kuah.
5.Masukkan sayur-sayuran tadi seperti lobak merah,timun,tomato,daun limau dan juga cili padi yang diketuk. Biarkan sayur itu masak.Bolehlah dimasukkan garam dan gula.
6.Setelah kuat pekat, tuangkan ke atas ikan siakap yang digorengkan tadi.
7. Hiaskan dgn daun sup & daun bawang dan sedia utk dihidangkan bersama nasi putih.


Labels:

posted by intan at July 02, 2007 0 comments

myspace layouts, myspace codes, glitter graphics
<$RESEPI PILIHANKU$>
myspace layouts, myspace codes, glitter graphics
KARI UDANG ALA MAMAK
Emm... baru je cadang nak ambik gambar, rupanya udang tinggal 4 ekor hi! hi!

Bahan-bahan:

500 gm udang

2 sudu besar cili kisar

7 sudu besar rempah kari ikan




7 sudu besar rempah kari daging


7 sudu besar rempah kurma


3 sudu besar sos cili


3 sudu besar sos tomato


1 sudu besar sos tiram


1 sudu keci serbuk kunyit


3 cawan air


garam secukupnya


serbuk perasa (jika suka)


Bahan tumis:


minyak masak


daun kari


2 biji bawang besar - dimayang


2 cm halia- dimayang


Cara-cara membuatnya:

     
  1. Panaskan minyak masak, tumiskan bawang besar yang telah dimayang sehingga kekuningan.Kemudian tumiskan pula daun kari dan halia.

  2. Satukan rempah dengan cili kisar.Masak rempah sehingga sebati dan naik bau.

  3. Kemudian masukkan sos tiram ,sos tomato dan sos cili.Kacau lagi.Biarkan sehingga pecah minyak. Dan masukkan pula serbuk kunyit serta air. Kacau.

  4. Akhir sekali masukkan udang.Kacau sebentar dan masukkan garam serta serbuk perasa.

  5. Tutup api dan bolehlah dihidangkan.
 
p/s:Kari mamak ni tak payah masukkan santan















Labels:

posted by intan at June 12, 2007 2 comments

myspace layouts, myspace codes, glitter graphics
<$RESEPI PILIHANKU$>
myspace layouts, myspace codes, glitter graphics
DAGING MASAK JAWA

Resepi terkini.................

Hari ini saya penuhi hajat anak yang bongsu supaya masakkan dia Daging masak Jawa.Sebenarnya masakkan ni adalah resepi yang diturunkan dari nenek sebelah ibu saya.Setiap kali hari raya nenek(arwah tok) takkan lupa masak untuk anak serta cucunya.Istimewanya nenek tidak menggunakan minyak masak yang dibeli dari kedai tapi sebaliknya dia menggunakan minyak kelapa yang dibuatnya sendiri.Sebab itu, rasanya sedap dan aromanya fuhh... Satu pesanan saya kalau anda tak suka kacang tanah tak payah masukkan tapi bagi saya tanpa kacang rasanya kurang menyengat la! Sesuai dimakan dengan nasi,ketupat atau lemang.Kalau sedap bagitau la!


Daging Masak Jawa

Bahan-bahan:

1 kilo daging lembu(dihiris nipis)

10 biji cili merah(dibelah dan dibuang biji)}dikisar

6 biji cili kering (direndam dan buang biji)} dikisar

10 ulas bawang merah}dikisar

3cm lengkuas}dikisar

3cm halia}dikisar

3 batang serai}dikisar
kacang tanah 50 sen}digoreng tanpa minyak dan ditumbuk

1/2 senduk minyak masak

2 mangkuk pati santan

1 mangkuk air

1 keping asam gelugor

2 biji Bawang besar-dipotong bulat

cara-cara:

Daging dipotong nipis serta dibersihkan dan ditoskan airnya.Ketepikan.

Cili merah dibelah dua dan dibuang bijinya. Begitu juga dengan cili kering dibuang biji dan direndam seketika di dalam air panas.

Kacang tanah digoreng tanpa minyak.Selepas itu, asingkan kulitnya serta ditumbuk halus.

Selepas itu,bawang merah,halia,lengkuas,serai,cili merah dan cili kering di mesin sehingga lumat dengan 1 mangkuk air.

Kemudian,panaskan kuali dengan minyak masak.Apabila minyak telah panas masukkan bahan-bahan yang telah dimesin tadi dan masak rempah tadi sehingga naik bau dan pecah minyak.

Apabila rempah telah pecah minyak.Masukkan daging dan dikacau supaya ia menjadi sebati.

Masukkan santan dan dikacau sebentar.Seketika kemudian masukkan kacang tanah dan dikacau lagi agar kesemuanya menjadi sebati.

Bolehlah dimasukkan garam secukupnya dan jangan lupa masukkan 1 keping asam gelugor.Jangan terlebih pulak nanti masam.

Akhir sekali masukkan bawang besar yang telah dipotong bulat.Kacau seketika.Apabila telah pecah minyak.Angkat dan hidangkan.
Selamat menjamu selera.....

Labels:

posted by intan at April 20, 2007 0 comments

myspace layouts, myspace codes, glitter graphics
<$RESEPI PILIHANKU$>
myspace layouts, myspace codes, glitter graphics
AYAM MASAK LEMAK CILI PADI


AYAM MASAK LEMAK CILI PADI


Description: ..penangan org n9..hehe pedas nihh


BAHAN2 UTAMA

1 ekor Ayam Kampung (1 ekor)

2 Sebiji Kelapa (santan pekat 400ml)

3 biji cili Padi (20 biji)

4 batang Serai (3 btg)

5) Bawang kecil (2 ulas)

6) Bawang putih (2 ulas)

7) Garam (secukup rasa)

8) Kunyit hidup (1 inci)

9) Air (1 liter)

10)Asam keping (1 keping)

CAMNE NAK BUAT..


1-Ayam tadi potong ke 8 bahagian.. pastu basuh le bersih

2-Cili padi + bawang putih + bawang kecik + kunyit hidup ditumbuk hancur.. kalau boleh jgn blend..-Gaulkan cili+bawang dan kunyit tadi dgn ayam, kemudian masukkan kedalam kuali...pastikan apinya sederhana je..-masak sehingga ayam tadi mengeluarkan 'air ayam' ..biarkan ayam tadi sebati dgn campuran cili padi tadi...(10 minute)

3-kemudian masukkan 3- btg serai dan santan kelapa (400ml) biarkan selama 10 minute,-kemudian masukkan air (1 liter) biarkan selama 30 minute.. kacau le sikit2..cam biase..* santan & air terpulang pada individu berapa diperlukan..ade suke pekat..cair terpulang..)-masukkan garam secukup rasa.. agak2 dah masak santan tu.. barulah dimasukkan asam keping... (asam keping sikit jekk..jgn keping yg besor lak...masam nanti.. pastu truss angkat..)nah, makan ler.. kalau nak tau pedas ke tak


Petua:

1)Kisar tangkai cili padi dan masukkan ketika tumis bagi mengelakkan sakit perut.

2)kalau nakkkan pati setengah biji kelapa menjadi sepekat pati sebiji kelapa, kisarkan hampas kelapa bercampurkan sedikit air.

Labels:

posted by intan at March 09, 2007 0 comments

myspace layouts, myspace codes, glitter graphics
<$RESEPI PILIHANKU$>
myspace layouts, myspace codes, glitter graphics
SOTO
Resepi Soto Yang Lengkap dari Puan Puti MazuraPuan Puti ni orang Johor, so banyak resepi-resepi asli dari Johor dikongsikan dalamTeratak Chetam.Kalau nak tahu sedap ke tak,kenalah cuba.Saya dah cuba resepi saya bagi 5 bintang,famili saya memang puji kesedapan soto ni.Kebetulan ari tu,time prepared soto kekawan adik datang,sedap kata dia orang.Siap minta resepi lagi.....

SOTO

A. Sup
1. Satu ekor ayam, direbus di dalam 1.5 liter air dan diangkat, siatkandagingnya dan masukkan semula tulang ke dalam stok (Note: Ada yang suka goreng dulu ayamnya selepas rebus, sebelum disiat)
2. Satu ekor ayam - rangkanya sahaja, direbus di dalam air yang sama, optional
3. 10 ulas bawang merah kecil, dikisar
4. 10 ulas bawang putih, ditumbuk
5. 2 inci halia muda, ditumbuk
6. 1 inci lengkuas, ditumbuk
7. 2 batang serai, dikisar bersama bawang
8. Satu peket rempah sup Adabi, dibuat pes
9. 3 sudu besar ketumbar (disangrai dan di kisar halus)
10. 20 biji lada hitam, dititik
11. 2 biji buah keras, kalau suka
12. 1.5 liter air, digunakan untuk membuat stok ayam - renihsekurang-kurangnya satu jam
13. 3 sudu makan minyak masak
14. Gula dan garam

Cara
1. Pijarkan minyak
2. Tumiskan bahan yang ditumbuk/dikisar sehingga terbit bau
3. Masukkan ketumbar dan lada hitam, biarkan sehingga pecah minyak
4. Masukkan pes sup, biarkan sehingga naik bau
5. Masukkan stok ayam (bersama tulang) dan buah keras
6. Didihkan dan sesuaikan gula dan garamnya

B. Pegedil
1. 5 biji kentang kuning, sederhana besar, dihiris dan digoreng hingga empuk, tumbuk
2. ½ cawan udang kering, dibasuh dan digoreng garing
3. ½ cawan hati ayam, digoreng dan dicincang halus
4. 5 ulas bawang merah kecil, digoreng sebentar
5. 3 ulas bawang putih, digoreng sebentar
6. 4 biji cili merah, digoreng sehingga pecah kulit
7. 2 sudu makan ketumbar, disangrai dan ditumbuk
8. 10 biji lada hitam, dititik
9. ½ cawan daun saderi (sup) dan daun bawang (dicampur)
10. Sesudu teh garam (atau lebih jika suka masin) dan sesudu teh gula, secukup rasa
11. 2 biji telur, dipukul
12. 2 cawan minyak untuk menggoreng

Cara
1. Tumbuk udang kering bersama bawang merah, cili dan bawang putih
2. Masukkan ke dalam kentang yang telad ditumbuk
3. Masukkan ketumbar, lada hitam, hati ayam, daun saderi (sup) dan
4. Masukkan garam dan gula, gail rata
5. Kepalkan adunan (anggaran dua sudu makan setiap satu), bulat dan leperkan.
6. Masukkan kedalam perti sejuk selama satu jam, untuk mengekalkan bentuknya supaya tidak mudah lerai bila digoreng.
7. Panaskan minyak
8. Salutkan pegedil dengan telur, sehingga rata litupnya dan goreng sehingga berwarna keperangan.

C. Sambal kicap
1. 15 biji cili padi, goreng hingga pecah kulit
2. 6 ulas bawang putih, goreng bersama cili
3. ½ cawan kicap manis
4. 1 biji limau nipis/2 biji limau kasturi
5. 3 sudu makan gula

Cara
1. Tumbuk cili dan bawang putih hingga lumat
2. Masukkan gula, gesek-gesekkan dengan anak lesung (jangan tumbuk nanti sambal akan jadi pijar)
3. Masukkan kicap dan perahkan limau
4. Kacau rata dan simpan di dalam peti sejuk sekurang-kurangnya sejam sebelum dihidangkan.

D. Bahan Hidangan
1. Nasi himpit, dipotong dadu
2. Daging ayam (yang direbus - A), disiat-siat
3. Taugeh, dicelur (atau boleh dibasuh sahaja)
4. Suhun, digoreng
5. Bawang goreng
6. Daun saderi (sup) dan daun bawang
7. Limau nipis, dipotong (optional)

Cara

1. Letakkan nasi himpit, daging ayam, taugeh dan suhun
2. Curahkan sup
3. Taburkan bawang goreng dan daun
4. Letakkan pegedil dan sambal kicap
5. Perahkan sedikit limau nipis (jika suka)

P/S....Jangan tak cuba.....bak kata orang mak mertua lalu pun tak nampak,sedap sangat la tuh!Gambar nanti saya uploadkan

Labels:

posted by intan at January 13, 2007 0 comments

myspace layouts, myspace codes, glitter graphics
<$RESEPI PILIHANKU$>
myspace layouts, myspace codes, glitter graphics
KARI AYAM REMPAH GILING



Menu kedua pula kari ayam.Saya guna(rempah giling), sedap dan rasanya berbeza dari rempah serbuk yang selalu diguna. Disini saya tunjukkan gambar rempah tersebut, bukan nak promote tapi tak rugi anda semua tahu mengenainya...Ini rempah giling kari ikan dan kari daging.Rempah ni tanpa pengawet itu membuatkan rasa dan baunya sangat ummphh.... {citarasa tradisional}

Kari ayam(rempah giling)




Bahan-bahan:


1 paket rempah giling (daging) ~ kalau takde guna rempah serbuk pun aci...


1 ekor ayam - dipotong kecil


7 ulas bawang merah - dikisar


3 ulas bawang putih - dikisar


2 inci halia - dikisar


3 biji buah pelaga


2 kuntum bunga lawang


3 kuntum cengkih


1 kuntum kulit kayu manis


3 tangkai daun kari


3 sudu besar kerisik


1 biji kelapa (ambil 4 cawan santan)


minyak untuk menumis


garam secukup rasa


4 biji ubi kentang (dipotong)


1 keping asam gelugor




cara-cara:


1. Bersihkan ayam dan potong kecil-kecil.


2.Selepas itu, campurkan rempah daging, bawang merah,bawang putih dan halia yang telah dikisar ke dalam periuk tanpa minyak. Kacau sehingga naik bau.Pastikan rempah tidak hangit nanti rasanya tak sedap.


3. Bila rempah masak.Masukkan ayam dan kacau agar rempah berpalut dengan ayam.


4. Apabila rempah masak.Masukkan pula santan, ubi kentang, asam keping dan garam.


5. Untuk Tumis Darat~ Panaskan kuali dan masukkan minyak masak dan tumiskan kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang, buah pelaga dan diikuti dengan daun kari. Tumis sehingga naik bau. Kemudian tuangkan ke dalam periuk tadi semasa ia masih panas.


6.Masak sehingga pecah minyak dan hidangkan.

Labels:

posted by intan at December 22, 2006 0 comments

myspace layouts, myspace codes, glitter graphics
<$RESEPI PILIHANKU$>
myspace layouts, myspace codes, glitter graphics
SAMBAL TUMIS IKAN SARDIN


Sambal tumis Ikan Sardin

Bahan-bahan:
1 tin ikan sardin dalam tin {besar}
2 ulas bawang merah{mayang}
1 ulas bawang putih{mayang}
1 biji bawang besar {dipotong bulat}
sedikit air asam jawa
sedikit garam
sedikit serbuk perasa (jika suka)
sedikit minyak masak
Bahan-bahan kisar:
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
10 batang cili kering
1 cm halia
Cara-cara:
1.Panaskan minyak masak. Tumiskan bawang merah dan bawang putih yang telah dimayang.Goreng hingga kekuningan.
2. Masukkan bahan-bahan yang telah dikisar. Masak sehingga ia naik bau. Kemudian masukkan sardin. Gaul rata.
3.Apabila telah sebati, masukkan pula air asam, garam, serbuk perasa dan bawang besar yang dipotong bulat. Masak sehingga ia pecah minyak. Angkat dan hidangkan.Menu kedua pula kari ayam.Saya guna(rempah giling), sedap dan rasanya berbeza dari rempah serbuk yang selalu diguna. Disini saya tunjukkan gambar rempah tersebut, bukan nak promote tapi tak rugi anda semua tahu mengenainya...

Labels:

posted by intan at November 13, 2006 0 comments

myspace layouts, myspace codes, glitter graphics
<$RESEPI PILIHANKU$>
myspace layouts, myspace codes, glitter graphics
KARI DAGING ALA MAMAK
Kari daging mamak ni mmg favourite famili saya,resepi yg diturunkan oleh ibu saya, rasanya memang terangkat.Boleh dipelbagaikan nak guna sotong ka,ayam atau apa-apa ja...

Kari Daging ( Ala mamak)
Bahan-bahan:

1/2 kilo daging-dipotong nipis

2 biji bawang besar- dimayang
1 1/2 bungkus rempah kari daging-dibancuh dengan air

3 camca besar kicap manis

5 camca besar sos cili

3 tangkai daun kari

serbuk perasa

garam secukup rasa

1/2 cawan air

Cara-cara :

1. Panaskan kuali, tuangan minyak masak dan tumiskan bawang merah hingga ia kekuningan dan layu. Kemudian masukkan daun kari.

2. Masukkan rempah kari daging yang telah dibancuh dengan air.Masak hingga ia naik bau.

3.Apabila rempah telah masak, masukkan kicap, sos cili, garam dan serbuk perasa. Kacau rempah tersebut agar semua bahan tadi sebati.

4.Masukkan air jika rempah terlalu pekat.

5.Dan akhir sekali masukkan daging. Kacau dan biarkan ia sebentar sehingga pecah minyak.

6. Hidangkan.


LANGKAH DEMI LANGKAH

Tumiskan bawang hingga layu dan masukkan daun kari.
Masukkan rempah kari daging.

Kacau rempah sehingga ia masak dan naik bau.

Kemudian masukkan kicap manis

Masukkan sos cili, serbuk perasa dan garam

Jika rempah menjadi pekat tambahkan air

Akhir sekali, masukkan daging dan masak hingga empuk dan naik bau

Labels:

posted by intan at May 13, 2006 0 comments

myspace layouts, myspace codes, glitter graphics

Mycodesplace - the best myspace site

myspace layouts, myspace codes, glitter graphics

myspace layouts, myspace codes, glitter graphics

thediamonddew.com
thediamonddew.com

myspace layouts, myspace codes, glitter graphics

myspace layouts, myspace codes, glitter graphics

thediamonddew.com
thediamonddew.com

thediamonddew.com
thediamonddew.com

FIGHT BREAST CANCER
FIGHT BREAST CANCER