<$RESEPI PILIHANKU$>
KARI AYAM REMPAH GILING
Menu kedua pula kari ayam.Saya guna(rempah giling), sedap dan rasanya berbeza dari rempah serbuk yang selalu diguna. Disini saya tunjukkan gambar rempah tersebut, bukan nak promote tapi tak rugi anda semua tahu mengenainya...Ini rempah giling kari ikan dan kari daging.Rempah ni tanpa pengawet itu membuatkan rasa dan baunya sangat ummphh.... {citarasa tradisional} Kari ayam(rempah giling) Bahan-bahan: 1 paket rempah giling (daging) ~ kalau takde guna rempah serbuk pun aci... 1 ekor ayam - dipotong kecil 7 ulas bawang merah - dikisar 3 ulas bawang putih - dikisar 2 inci halia - dikisar 3 biji buah pelaga 2 kuntum bunga lawang 3 kuntum cengkih 1 kuntum kulit kayu manis 3 tangkai daun kari 3 sudu besar kerisik 1 biji kelapa (ambil 4 cawan santan) minyak untuk menumis garam secukup rasa 4 biji ubi kentang (dipotong) 1 keping asam gelugor cara-cara: 1. Bersihkan ayam dan potong kecil-kecil. 2.Selepas itu, campurkan rempah daging, bawang merah,bawang putih dan halia yang telah dikisar ke dalam periuk tanpa minyak. Kacau sehingga naik bau.Pastikan rempah tidak hangit nanti rasanya tak sedap. 3. Bila rempah masak.Masukkan ayam dan kacau agar rempah berpalut dengan ayam. 4. Apabila rempah masak.Masukkan pula santan, ubi kentang, asam keping dan garam. 5. Untuk Tumis Darat~ Panaskan kuali dan masukkan minyak masak dan tumiskan kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang, buah pelaga dan diikuti dengan daun kari. Tumis sehingga naik bau. Kemudian tuangkan ke dalam periuk tadi semasa ia masih panas. 6.Masak sehingga pecah minyak dan hidangkan. Labels: LAUK PAUK |
Post a Comment