<$RESEPI PILIHANKU$>
MEE KARI
Tengahari ni ubah selera sikit makan mee kari pulak. Bukan apa tekak ni pun dah lama dok mengidam nak makan mee kari. Jom kita tengok resepi untuk hari ini. Anak-anak terutama Kak long 3 pinggan makan, yang kecik lak asyik hirup kuah ngan fishball... Ini antara bahan-bahan untuk memasak mee kari. MEE KARI Bahan-bahan: 2 paket mee kuning- celur dan toskan airnya 1 ekor ayam @ 1 kilo tulang lembu 3 keping tauhu kering - digoreng dan dipotong kecil 1 biji kelapa - ambil santan 1 tin susu cair 4 cawan air 4 sudu besar minyak kacang 1 kati kerang 1 kiub pati ikan bilis Bebola ikan dan kuih ikan - secukupnya sebelah sengkuang cina 3 keping asam gelugor Bahan Giling: 8 batang serai 1 cm lengkuas 2 cm halia 2 cm kunyit 6 biji buah keras 6 tangkai cili kering 2 cm kunyit 14 ulas bawang merah 6 ulas bawang putih Garam secukup rasa 4-5 Keping biskut marie (untuk pekatkan kuah) Bahan-bahan hiasan: 4 auns tauge - dicelur dan ditoskan airnya 3 biji tomato - dihiris kecil bawang goreng cili merah - dihiris daun sup dan daun bawang - dihiris Cara-cara: 1.Perah kelapa ambil 1/2 cawan pati santan dan 2 cawan kemancar. 2.Panaskan minyak dalam sebuah periuk masukkan bahan giling dan tumis sampai naik bau. Masukkan tulang lembu. Kacau sebentar dan tutup tudung. Biar selama 15 minit. 3.Masukkan santan kemancar,biarkan mendidih perlahan-lahan baru masukkan kerang,bebola ikan,kuih ikan, dan tauhu kering yang telah digoreng (jika tidak digoreng takut kuahnya cepat basi). Kecilkan api dan masukkan pati santan. Kemudian masukkan susu cair dan 4 cawan air. 4.Selepas itu, masukkan sebelah sengkuang cina kedalam kuah. Masukkan kiub ikan bilis dan garam dan asam keping . Biar kuah mendidih dan kacau selalu. 5.Jika suka masukkan biskut marie untuk memekatkan kuah. 6.Hidangkan mee dengan hirisan cili, tauge,tomato, limau kasturi dan bawang goreng. Selamat menjamu selera. Labels: MEE |
Post a Comment