Saturday, November 12, 2011
Assalamualaikum semua...
Sudah lama tak menjengah blog nih... penyakit malas apa lagi.Lately,sy busy dgn projek muffin,biskut & kek. Lps habis study mcm2 pulak yg teringin nak buat.Bukan apa anak2 semua dah besar.Masih jumlah yg sama 3 orang....kihkih.. Errmm...jgn terkejut background dah bertukar,sedih jgk nak buang template lama.Letih nak buat dulu...dok mengadap berjam2.Ramai yang bertanya mcm mana buat.Masa buat blog nih dulu,belajar sendiri dgn edit HTML.Mula2 tu pening jgk,tp lama2 ok.Puas hati.Tapi bila dah lama tak update,semua settings lari.ALAHAI.Sedih jangan cakap,semua perasaan ada bercampur baur.... tAkpa kita settings lain...
Thursday, December 31, 2009
Sunday, September 13, 2009
Ikan Gelama (masin) masak cili padi
Bahan-bahan:
3 ekor ikan gelama masam/masin(digoreng & ditumbuk)
5 ulas bawang merah (ditumbuk)
3 ulas bawang putih(ditumbuk)
15 biji cili padi (ditumbuk)
1 biji bawang besar(dipotong bulat)
Minyak masak secukupnya
serbuk perasa secukupnya
Air asam jawa secukupnya
1. Panaskan kuali,masukkan ikan gelama dan goreng hingga garing. Angkat dan sejukkan. Asingkan isi ikan gelama diasingkan daripada tulangnya. Kemudian isi ikan gelama ditumbuk sehingga hancur.Ketepikan.
2. Tumbuk bawang merah, bawang putih dan cili padi sehingga lumat.
3. Panaskan kuali dan masukkan sedikit minyak masak. Kemudian masukkan bahan-bahan yang ditumbuk.Masak sehingga kekuningan dan naik bau.
4.Selepas itu, masukkan ikan gelama yang telah ditumbuk tadi. Goreng kesemua bahan-bahan tadi sehingga sebati. Masukkan serbuk perasa dan air asam jawa.Apabila kering masukkan bawang besar.Goreng sehingga bahan-bahan tadi kering dan naik bau cili padinya.
Cubalah resepi nih memang terangkat,rasa pedas dan masin tu yang mengancam sangat tuh... hehehe
Monday, August 31, 2009
MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! MALAYSIA GENAP 52 TAHUN
Selamat Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke 52 tahun untuk Malaysia.
Saya bangga dilahirkan sebagai anak Malaysia.
Saya bangga dilahirkan sebagai anak Malaysia.
Friday, August 28, 2009

ROTI JALA BERKUAH KARI DAGING
BAHAN BAHAN ROTI JALA
2 cawan tepong gandom
2 biji telur
3 cawan santan dari satu biji kelapa
1/2 sudu kecil pewarna kuning
garam secukup rasa
Cara- cara membuatnya:
1.Campurkan kesemua bahan bahan diatas dan masukkan ke dalam pengisar(blender) kisar hingga sebati.
2.Gunakan acuan Roti Jala dan kiraikan diatas kuali yang nipis.
BAHAN BAHAN KARI DAGING
1 paket rempah kari (daging)
1 ekor ayam @ daging - dipotong kecil
7 ulas bawang merah - dikisar
3 ulas bawang putih - dikisar
2 biji buah keras-ikisar
2 inci halia - dikisar
3 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum cengkih
1 kuntum kulit kayu manis
3 tangkai daun kari
3 sudu besar kerisik
1 biji kelapa (ambil 4 cawan santan)
minyak untuk menumis
garam secukup rasa
4 biji ubi kentang (dipotong dadu)
cara-cara:
1. Bersihkan ayam @ daging lembu dan potong kecil-kecil.
2.Campurkan rempah daging, bawang merah,bawang putih dan halia yang telah dikisar ke dalam periuk minyak. Kacau sehingga naik bau.Pastikan rempah tidak hangit nanti rasanya tak sedap.
3. Panaskan minyak di dalam periuk. Apabila minyak telah panas, tumiskan daun kari,kulit kayu manis,bunga lawang, buah pelaga dan bunga cengkih.Sehingga kekuningan.Selepas itu masukkan pula campuran rempah yang telah dikisar tadi.
4. Apabila rempah masak.Masukkan daging @ ayam.Kacau hingga pecah minyak.Kemudian, masukkan pula santan, ubi kentang dan garam.
5.Masak sehingga pecah minyak dan hidangkan.
Friday, August 21, 2009

Assalamualaikum , Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan " "Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut: * Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri;* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya. Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali. Dapatkah kitabayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalahRasullullah dan para sahabat , dan dilakukan pada hari Jumaat.Oleh itu SAYA TERLEBIH DAHULU MEMOHON MAAF jika saya ada berbuat kesalahan, baik yang tidak di sengaja maupun yang di sengaja , semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan khusyuk, diberkati dan dirahmati Allah S.W.T, insyaallah.
Subscribe to:
Posts (Atom)




