Sunday, September 13, 2009

Ikan Gelama (masin) masak cili padi

Bahan-bahan:
3 ekor ikan gelama masam/masin(digoreng & ditumbuk)
5 ulas bawang merah (ditumbuk)
3 ulas bawang putih(ditumbuk)
15 biji cili padi (ditumbuk)
1 biji bawang besar(dipotong bulat)
Minyak masak secukupnya
serbuk perasa secukupnya
Air asam jawa secukupnya
1. Panaskan kuali,masukkan ikan gelama dan goreng hingga garing. Angkat dan sejukkan. Asingkan isi ikan gelama diasingkan daripada tulangnya. Kemudian isi ikan gelama ditumbuk sehingga hancur.Ketepikan.
2. Tumbuk bawang merah, bawang putih dan cili padi sehingga lumat.
3. Panaskan kuali dan masukkan sedikit minyak masak. Kemudian masukkan bahan-bahan yang ditumbuk.Masak sehingga kekuningan dan naik bau.
4.Selepas itu, masukkan ikan gelama yang telah ditumbuk tadi. Goreng  kesemua bahan-bahan tadi sehingga sebati. Masukkan serbuk perasa dan air asam jawa.Apabila kering masukkan bawang besar.Goreng sehingga bahan-bahan tadi kering dan naik bau cili padinya.
Cubalah resepi nih memang terangkat,rasa pedas dan masin tu yang mengancam sangat tuh... hehehe

No comments:

Post a Comment