<$RESEPI PILIHANKU$>

SAGU LEMAK BERKRIM~PILIHAN SEKELUARGA
hAI semua dah lam x posting kat blog nih, busy sikit ngan study.So dah selesai exams. Buat semua saya akan cuba luangkan sedikit masa untuk postingkan resepi terbaru untuk tatapan semua. Resepi ni menjadi favourite anak-anak saya. Tak boleh masak sikit2 kena banyak2. Nanti alamatnya riuh rendah masing-masing berebut nak makan. :-) Jomlah kita cuba. Tapi maaflah gambar xde dah terdelete :( dah puas cari x jumpa jgk ,frust jadinya.... Bahan-bahan:1 Bungkus sagu air secukupnya 1/2 tin susu cair 1 cawan pati santan @ 1 cawan santan kotak m&s 2 senduk gula melaka secubit garam 1 helai daun pandan (disimpul) Cara-cara1.Masak sagu bersama air di dalam kuali yang besar dan kacau selalu. Jika sewaktu memasak sagu ini anda dapati ia lambat masak, anda boleh tambah air. Kalau anda suka boleh titikkan pewarna ke dalam sagu sewaktu ia sedang dimasak.Kalau nak cantik sagu itu anda bahagikan pula pada 2 bahagian.Warnakan ikut citarasa anda. 2.Kemudian sagu yang telah dimasak tadi, hendaklah dibasuh. Pastikan anda cuci kanji yang terdapat pada sagu sehingga bersih.Ketepikan. 3.Masukkan susu cair, santan, gula melaka, secubit garam dan sehelai daun pandan ke dalam periuk. Satukan kesemua bahan-bahan ini dan dimasak selama 3 minit. Tapi anda kena pastikan ia dikacau selalu supaya ia tidak berketul-ketul.Masukkan ke dalam teko atau bekas bersesuaian. 4.Apabila semua bahan sudah siap bolehlah dihidangkan. Sendukkan sagu ke dalam mangkuk ais krim atau cawan dan selepas itu siramkan susu, santan dan gula melaka ke atasnya. Jangan biarkan susu cair,santan dan gula melaka bercampur dengan sagu utk masa yang lama kerana ianya akan menyerap susu dan gula melaka, sebaliknya campurkannya apabila anda sudah bersedia utk makan. 5.Boleh disimpan di dalam peti sejuk. Selamat menjamu selera. ;) ![]() Labels: DESSERT |

Post a Comment