<$RESEPI PILIHANKU$>
![]() ROTI JALA BERKUAH KARI DAGING BAHAN BAHAN ROTI JALA 2 cawan tepong gandom 2 biji telur 3 cawan santan dari satu biji kelapa 1/2 sudu kecil pewarna kuning garam secukup rasa Cara- cara membuatnya: 1.Campurkan kesemua bahan bahan diatas dan masukkan ke dalam pengisar(blender) kisar hingga sebati. 2.Gunakan acuan Roti Jala dan kiraikan diatas kuali yang nipis. BAHAN BAHAN KARI DAGING 1 paket rempah kari (daging) 1 ekor ayam @ daging - dipotong kecil 7 ulas bawang merah - dikisar 3 ulas bawang putih - dikisar 2 biji buah keras-ikisar 2 inci halia - dikisar 3 biji buah pelaga 2 kuntum bunga lawang 3 kuntum cengkih 1 kuntum kulit kayu manis 3 tangkai daun kari 3 sudu besar kerisik 1 biji kelapa (ambil 4 cawan santan) minyak untuk menumis garam secukup rasa 4 biji ubi kentang (dipotong dadu) cara-cara: 1. Bersihkan ayam @ daging lembu dan potong kecil-kecil. 2.Campurkan rempah daging, bawang merah,bawang putih dan halia yang telah dikisar ke dalam periuk minyak. Kacau sehingga naik bau.Pastikan rempah tidak hangit nanti rasanya tak sedap. 3. Panaskan minyak di dalam periuk. Apabila minyak telah panas, tumiskan daun kari,kulit kayu manis,bunga lawang, buah pelaga dan bunga cengkih.Sehingga kekuningan.Selepas itu masukkan pula campuran rempah yang telah dikisar tadi. 4. Apabila rempah masak.Masukkan daging @ ayam.Kacau hingga pecah minyak.Kemudian, masukkan pula santan, ubi kentang dan garam. 5.Masak sehingga pecah minyak dan hidangkan. Labels: KUIH MUIH |
<$RESEPI PILIHANKU$>
KUIH LAPIS NYONYA
![]() Kueh Lapis Nyonya Bahan-bahan: 100 g tepung beras*100 g tepung sagu*(*disatukan dan diayak) 200 g gula pasir 250 ml air 360 ml santan pekat 3 helai daun pandan Sedikit pewarna merah, hijau dan kuning(ikut citarasa masing-masing)-optional Cara-cara 1)Masak gula bersama air dan 2 helai daun pandan. Biar hingga gula larut. Sejukkan dan tapis. Ketepikan. 2)Dengan menggunakan wisk, kacau tepung bersama santan sehingga rata, masukkan air gula tadi. Gaul hingga sebati dan tapis adunan. 3)Bahagikan kepada 3 bahagian yg sama banyak. Warnakan satu dgn warna hijau, satu lagi dgn warna merah dan biarkan satu lagi dgn warna asal (putih). 4)Panaskan kukusan, masukkan baki 1 helai daun pandan tadi ke dalam air kukusan. Sapu tin kek dgn sedikit marjerin pada dasar dan tepi. Panaskan tin dalam kukusan terlebih dahulu (lebih kurang 5 minit). 5)Bahagi adunan putih kepada dua bahagian yg sama banyak. Tuang adunan putih ke dalam tin yg telah dipanaskan tadi (tanpa mengeluarkan tin dari kukusan). Tutup dan kukus 5 minit dgn api besar. Kemudian buat kaedah sama untuk warna hijau, kukus 5 minit lagi, dan kemudian sama juga utk warna merah. Resepi ini akan menghasilkan 6 lapisan iaitu putih, ,hijau, merah, putih,kuning, hijau dan merah (akhir). Untuk lapisan terakhir (merah) kukus 10 minit. Tujuan utk keluarkan minyak dari santan supaya kuih nampak berkilat. Bila masak biarkan ia sejuk baru dipotong. Selamat mencuba.... Dalam gambar saya pelbagaikan pewarna pada kuih lapis ini,bukan apa utk menceriakannya!! Labels: KUIH MUIH |
<$RESEPI PILIHANKU$>
POPIA DAGING
![]() Inti daging yang telah siap Pada mulanya nak buat kulit popia sendiri tapi hubby dah lapo sangat jadi dia belikan kulit popia yang dah siap. Goreng dan ngap ajelah. Dalam sibuk-sibuk tu si kecik tu dah tunggu kat sebelah nak meratah inti daging. Tak menang tangan menepis yang sorang ni. Mau tak mau bagi upah inti daging kalau tak asyik merengek je... ![]() POPIA GORENG Bahan-bahan: 1 bungkus kulit popia ~@ bikin sendiri punya 300gm daging cincang 4 biji bawang besar ~ didadu 5 biji kentang~ didadu 3 ulas bawang merah~ dimayang 2 ulas baqwang putih ~ dimayang 1 camca besar tepung jagung 2 sudu besar serbuk lada sulah sedikit air kicap manis 3 camca besar garam secukup rasa serbuk perasa Minyak masak Untuk Inti: 1. Panaskan kuali, masukkan minyak masak dan tumiskan bawang merah dan bawang putih. Goreng hingga ia kekuningan. 2. Masukkan daging cincang dan kacau sebentar. 3. Apabila daging telah masak masukkan tepung jagung yang telah dibancuh dengan sedikit air.Kacau, kemudian masukkan pula garam, serbuk perasa, kicap manis dan serbuk lada. 4. Selepas itu, masukkan bawang besar(dipotong dadu) dan ubi kentang(dipotong dadu). Masak hingga sebati dan tutup api. Cara menyediakan Popia Goreng: 1. Ambil sekeping kulit popia dan letak diatas pinggan besar. 2. Letakkan inti. 3. Gulung dengan kemas dan goreng dengan api yang perlahan ( jika menggunakan kulit pastry yang dibeli). 4. Apabila kekuningan angkat, toskan minyak dan hidangkan. Labels: KUIH MUIH |





















































