myspace layouts, myspace codes, glitter graphics
Orang Online myspace layouts, myspace codes, glitter graphics



myspace layouts, myspace codes, glitter graphics

myspace layouts, myspace codes, glitter graphics

myspace layouts, myspace codes, glitter graphics

myspace layouts, myspace codes, glitter graphics



Daisypath Anniversary tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers


About Me

Mycodesplace - the best myspace site


Name::intan
From::Alor Setar, Kedah, Malaysia
I luv cooking..47 yrs old.I’m a happily married woman of many years to the most amazing man. Mother of three PERFECT children...I'm a working Mum who loves every minute of it. My 2 daughters and only 20 year old son is the center of my world. My husband is better to me than I deserve. I'm a lucky woman.
View my complete profile myspace layouts, myspace codes, glitter graphics

Please come again..





Blogging la pulak

Assalamualaikum semua...

WELCOME 2010

Ikan Gelama (masin) masak cili padi

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! MALAYSIA GENAP 52 TAHUN

ROTI JALA BERKUAH KARI DAGING BAHAN BAHAN ROT...

Assalamualaikum , Do'a malaikat Jibril menjelang R...



My new collection of Flowerwallscone :)

SAGU LEMAK BERKRIM~PILIHAN SEKELUARGA





May 2006 October 2006 November 2006 December 2006 January 2007 March 2007 April 2007 May 2007 June 2007 July 2007 August 2007 September 2007 November 2007 January 2008 March 2008 May 2008 June 2008 May 2009 August 2009 September 2009 December 2009 November 2011 June 2014




Resepi Kak Noormasri
Ct Nik Resepi
alangbuana
Jom Masak-masak!!!
Koleksi Resipi Diana
sitisalmi-cross stitch
Syidah: ME INSIDE OUT
Koleksi Resepi Kak Liza
Kak Umi Silk Ribbon
Jom Intai Dapur Mak Lang
SHOPPING WITH LILY
batriesyiahomemade
Jemput Singgah Ke Teratak Chetam
HE



Nora's Touch Welcome to my world of colours

Suesafia'S Cottage

Emelyn's Garden Home Decor

Haz Cottage Charm

HANDBAGS AT MAMA FORUM

tudung online

darmocottage

Hiasan Rumah Inggeris

English Furniture Custom Made & Hand painting



Blogger

FinalSense

Amazon

Yahoo

Ebay

myspace layouts, myspace codes, glitter graphics



Google
<$RESEPI PILIHANKU$>
myspace layouts, myspace codes, glitter graphics
PEDOMAN BERSAMA

Di sini saya ingin berkongsi dengan semua netters beberapa perkara yg boleh menjadi pedoman dan renungan kita bersama....

Petua Imam Shafie

4 PERKARA UNTUK SIHAT



Empat perkara menguatkan badan

  1. makan daging



  2. memakai haruman


  3. kerap mandi


  4. berpakaian dari kapas


Empat perkara melemahkan badan

  1. banyak berkelamin (bersetubuh)


  2. selalu cemas


  3. banyak minum air ketika makan


  4. banyak makan bahan yang masam


Empat perkara menajamkan mata

  1. duduk mengadap kiblat


  2. bercelak sebelum tidur


  3. memandang yang hijau


  4. berpakaian bersih

Empat perkara merosakan mata


  1. memandang najis


  2. melihat orang dibunuh


  3. melihat kemaluan


  4. membelakangi kiblat


Empat perkara menajamkan fikiran

  1. tidak banyak berbual kosong


  2. rajin bersugi (gosok gigi)


  3. bercakap dengan orang soleh


  4. bergaul dengan para ulama

4 CARA TIDUR

  1. TIDUR PARA NABI-Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.


  2. TIDUR PARA ULAMA’ & AHLI IBADAH - Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.


  3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA - Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyakdimakan.


  4. TIDUR SYAITAN- Menelungkup seperti tidurnya ahli neraka



Lawak best - Before and after marriage

Before marriage.. "Kemana? KB, Temburong? I''ll send with my car"
After marriage.. "What? next door? sendiri drive, its too far!" Lagi lama married " Tak balik-balik lagi bagus!" Before marriage.. "Am i fat?" "No lah..you look fine.." After marriage "Am i fat?" "cut down a bit and you'll look fine" Lagi lama married " Do you know how FAT you are??!!" .....cilaka! This is a good one..... Good laugh ... Something for the married ones to have a good laugh or the ones not married yet - beware!! Before marriage. .................... "I die for you. . . " After marriage. "You die, up to you. " Lagi lama married. . You die I help you! " Before marriage. .................... "You go anywhere. . I follow you." After marriage. . . You go anywhere. . up to you. Lagi lama married. . . You go anywhere better get lost!! " Before wedding, you are my heart, you are my love" After wedding "you get on my nerves. " Before wedding "you are sweet and kind just like Cinderella" After wedding "you are worse than godzila" Before wedding "Roses are red, violets are blue. Like it or not, I'm stuck with you" After wedding "Roses are dead, I am blue. You get on my head, I will sue you" Before wedding Every makan he brings you to Shangri-La" After wedding "You want to go, he says you wait-la Before wedding "She looks like Anita Sarawak" After wedding "Don't know whether katak or biawak " Before wedding "Weekends at Cameron, Genting and Fraser's Hill" After wedding "Furthest you go is Gasing Hill " Before wedding ""He opens the car door" After wedding "He opens his mouth and snores" Before wedding "She / he was your ideal" After wedding "She / he becomes your ordeal"


Petanda Kemenangan Islam


Petanda daripada Al-Quran yang berupa janji Allah kepada hamba-hambaNya yang beriman mengenai kemenangan Islam.Surah At-taubah, ayat 32-33Terjemahan: "Mereka hendak memadamkan cahaya Allah(agama Islam) dengan mulut mereka, sedang Allah tidak menghendaki melainkan menyempurnakan cahaya-Nya, sekalipun orang-orangkafir tidak suka(yang demikian). Dialah yang megutuskan Rasul-Nya(Muhammad) dengan menbawa petunjuk dan agama yang benar(agama Islam), untuk dimenangkan-Nya atas segala agama yang lain, walaupun orang-orang musyrik tidak menyukainya."Surah al-Saf, ayat 8-9Terjemahan: Mereka ingin memadamkan cahaya Allah dengan mulut-mulut mereka(perkataan), sedangkan Allah tetap menyempurnakan cahaya-Nya sekalipun orang-orang kafir membencinya. Dialah yang mengutuskan Rasul-Nya dengan membawa petunjuk dan agama yang benar, untuk Dia memenangkannya, sekalipun orang-orang musyrikin membencinya.Daripada ayat-ayat diatas ini dapatlah kita simpulkan bahawa kemenangan Islam adalah janji Allah kepada orang yang bertakwa. Dan sesungguhnya janji-janji Allah itu adalah benar.Daripada ayat ini juga dapat kita ketahui bahawa orang-orang musyrikin tidak menyukai agama Islam dan cuba untuk memadamkannya atau menghancurkannya daripada muka bumi ini. Salah satu cara yang digunakan oleh orang musyrikin ini adalah dengan menggunakan mulut mereka iaitu dengan menyampaikan fitnah kepada agama Islam. Dan ini dapat dibuktikan dengan apa yang telah terjadi kepada umat Islam sekarang yang telah dilabelkan sebagai terrorist. Orang-orang musyrikin ini telah menggunakan mulut-mulut mereka untuk menyebarkan fitnah kepada umat Islam.Walau apapun cara yang mereka gunakan untuk menghancurkanagama Islam, sesungguhnya Allah tidak akan membiarkan perkara itu terjadi. Dan kita sebagai umat Islam sepatutnya yakin dengan janji Allah, dan perlu berusaha dengan lebih keras lagi untuk menaikkan kembali martabat agama Islam. Sesungguhnya yang baik itu daripada Allah dan yang kurang itu juga daripada Allah tetapi atas kelemahan pada diri saya sendiri.Wallahualam.(artikel dari ukhwah.com)

Ganjaran wanita solehah


MENGIKUT perspektif Islam, wanita adalah pelengkap kepada lelaki dan sekali gus memelihara keseimbangan ciptaan Allah. MalahRasulullah memartabatkan kaum wanita pada kaca mata Islam sebagai perhiasan dunia yang paling indah dan unik. Ini sebagaimana sabda Baginda bermaksud:“Dunia ini penuh perhiasan dan perhiasan yang paling indah ialah wanita yang solehah.” – (Riwayat Muslim)Hadis ini jelas menunjukkan betapa Islam memandang tinggi kedudukan wanita dalam kehidupan global.Jika ditelusuri dalam lembaran al-Quran, wanita digambarkan dengan tiga fungsi penting.Pertamanya, wanita dianggap sebagai fitnah dan musuh andainya dia tidak dididik dan diasuh serta dibentuk menurut acuan Islam.Keduanya, wanita juga ujian bagi seseorang lelaki dalam menerajui bahtera kehidupan ke arah kebahagiaan dan kesejahteraan hidup.Akhirnya, wanita adalah anugerah Ilahi yangistimewa kepada lelaki yang mendambakan kemesraan dan kebahagiaan hidup.Sejarah Islam sebenarnya melahirkan ratusanpersonaliti wanita terbilang yang menjadi teladan kepada warga Muslimah dewasaini.Mereka adalah wanita contoh yang menempa tinta emasyang mewarnai sejarah kegemilangan dan keunggulan Islam. Sehubungan itu,Baginda Rasulullah bersabda yang bermaksud:“Ada empat wanita mulia yang juga penghulu segalawanita di dunia; mereka itu ialah Asiah binti Muzahim, isteri Firaun;Maryam binti Imran, ibunda Isa; Khadijah binti Khuwailid, isteri Rasulullahsaw dan Fatimah binti Muhammad, puteri kesayangan Baginda.” – (RiwayatBukhari)Asiah adalah simbol teladan bagi wanita beriman yang tetap mempertahankan keimanannya kepada Allah, meskipun hidup sebumbungbersama suaminya, Firaun yang tidak beriman kepada Allah.Maryam pula adalah simbol wanita dalam ibadahnyadan ketinggian darjat ketakwaannya kepada Allah serta mampu memelihara kesucian diri dan kehormatannya ketika mengabdikan dirinya kepadaAllah.! Manakala Khadijah pula adalah simbol kepada isteri yang setia tanpa mengenal penat lelah mendampingi suaminya menegakkan panji-panji kebenaran Islam, berkorban jiwa raga dan segala hartabendanya serta rela menanggung pelbagai risiko dan cabaran dalam menyebarkan risalah Islam yang diamanahkan pada bahu Rasulullah.Akhirnya Fatimah pula adalah simbol pelbagaidimensi wanita yang solehah; anak yang soleh dan taat di hadapan ayahandanya;isteri yang setia dan taat di hadapan suaminya serta ibu yang bijaksana dihadapan putera puterinya. Dialah pemuka segala wanita dan juga seorang wanita mithali yang setiap detik kehidupan yang dilaluinya, sewajarnyadijadikan ikutan Muslimah.Demikianlah antara beberapa profil wanita Muslimahco! ntoh yang mewarnai pentas kehidupan dengan ketenangan, kemesraan dan kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat.Islam menganjurkan setiap Muslim yang bakalmelangkah alam perkahwinan agar berhati-hati memilih calon isteri.Kriteria calon isteri penting dalam kehidupan berkeluarga kerana ia adalah antara ciri kesolehan isteri yang dituntut Islam,di samping bakal menjamin kerukunan dan kebahagiaan rumah tangga.Dalam hal ini, Rasulullah bersabda maksudnya:“Janganlah kamu nikahi wanita kerana kecantikannya, kelak kecantikannya itu akan membinasakannya; janganlah kamu nikahi wanita kerana hartanya, boleh jadi hartanya akan menyebabkan kederhakaanmu; sebaliknya nikahilah wanita yang beragama. Sesungguhnya wanita yang tidak berhidung dan tuli tetapi beragama, itu adalah lebih baik bagimu.” – (Riwayat Abdullah ibnHumaid).Jelas di sini, bahawa aspek keagamaan dalam diri seseorang isteri adalah penentu hala tuju sesebuah rumah tangga yang dibina dan dibentuk.Ini kerana agamanya yang bertapak kukuh dalam jiwa sanubarinya, dia pasti akan taat kepada suaminya pada semua perkara yang tidak bertentangan dengan perintah Allah dan tidak mendatangkan mudarat kepadanya.Isteri yang solehah juga akan bersifat amanah terhadap harta benda suaminya, di samping menjaga maruahnya. Sewaktu ketiadaan suaminya, seorang isteri solehah memelihara dirinya dan maruahnya seperti tidak boleh keluar rumah tanpa izinnya, tidak boleh menerima tetamuyang tidak dikenali dan sebagainya.Ketaatan dan sifat beramanah seorang isteri solehahini banyak dipengaruhi oleh firman Allah yang bermaksud: “... perempuan yang solehah mestilah taat dan memelihara kehormatan dirinya ketika ketiadaan suaminya dengan perlindungan Allah...” – (Surah an-Nisa, ayat 34)Malah isteri yang solehah ingatannya sentiasa segar dengan pesanan Baginda yang bermaksud: “Jika seseorang wanita menunaikan solat lima waktu, berpuasa sebulan Ramadan, memelihara kehormatannya,mentaati suaminya, nescaya dia dapat masuk ke mana-mana saja pintu syurga menurut kehendaknya.” – (Riwayat Imam Ahmad)Isteri solehah juga adalah isteri yang sentiasa menyempurnakan keperluan suaminya, di samping memelihara keredaannya pada setiap masa dan ke! adaan. Ini kerana keredaan suami adalah anak kunci utamayang melayakkannya menjadi penghuni syurga penuh kenikmatan.Sabda Rasulullah bermaksud: “Mana-mana isteri yang meninggal dunia, sedangkan suaminya reda kepadanya, nescaya isterinya akan masuk syurga.” – (Riwayat Al Hakim dan Tirmizi)Apa yang paling penting ialah isteri solehah adalahpendidik dan pengasuh terbaik kepada anaknya yang juga penyejuk hati ibubapa dan saham akhirat yang pahalanya berkekalan, biarpun ibu bapanya lama meninggal dunia. Dengan agamanya itu, seseorang ibu akan mewariskan segala ilmu agamanya kepada anaknya agar mereka kelak akan menjadi anak soleh dan taat, bukan saja kepada ibu bapa, bahkan taat kepada Allah.Agama inilah ramuan terbaik yang boleh melenturkanperibadi anak, perhiasan akhlak terpuji, mengisi minda dan hati anak dengan keimanan dan ketakwaan serta membimbing kehidupan ke arah keredaan Ilahi.Demikianlah betapa besarnya fungsi seorang wanita yang bertindak sekali gus sebagai isteri dan ibu solehah dalam sesebuah institusi keluarga. Justeru, Allah menganugerahkan ganjaran syurga bagi wanita solehah yang beriman dan benar- benar melaksanakan tanggungjawabnya sebagaiseorang isteri dan ibu dalam kehidupan sehariannya.Akhirnya, Rasulullah pernah bersabda maksudnya:“Sebaik-baik wanita itu ialah wanita yang melahirkan anak, yang penyayang,yang memelihara kehormatannya, yang mulia pada kaca mata ahli keluarganya, yang menghormati suaminya, menghiaskan dirinya hanya untuk suaminya tercinta, memelihara diri daripada pandangan orang lain, yang mendengarkata-kata suaminya dan mentaati segala perintahnya. Apabila bersama suaminya, dia memberikan apa saja yang diperlukan suaminya dan dia tidak pula menolak ajakannya serta tidak merendah-rendahkan atau menghina kedudukan suaminya di hadapan orang lain.” – (Riwayat Al Tausi)

Labels:

posted by intan at June 12, 2007 0 comments

myspace layouts, myspace codes, glitter graphics myspace layouts, myspace codes, glitter graphics
KARI UDANG ALA MAMAK
Emm... baru je cadang nak ambik gambar, rupanya udang tinggal 4 ekor hi! hi!

Bahan-bahan:

500 gm udang

2 sudu besar cili kisar

7 sudu besar rempah kari ikan




7 sudu besar rempah kari daging


7 sudu besar rempah kurma


3 sudu besar sos cili


3 sudu besar sos tomato


1 sudu besar sos tiram


1 sudu keci serbuk kunyit


3 cawan air


garam secukupnya


serbuk perasa (jika suka)


Bahan tumis:


minyak masak


daun kari


2 biji bawang besar - dimayang


2 cm halia- dimayang


Cara-cara membuatnya:

     
  1. Panaskan minyak masak, tumiskan bawang besar yang telah dimayang sehingga kekuningan.Kemudian tumiskan pula daun kari dan halia.

  2. Satukan rempah dengan cili kisar.Masak rempah sehingga sebati dan naik bau.

  3. Kemudian masukkan sos tiram ,sos tomato dan sos cili.Kacau lagi.Biarkan sehingga pecah minyak. Dan masukkan pula serbuk kunyit serta air. Kacau.

  4. Akhir sekali masukkan udang.Kacau sebentar dan masukkan garam serta serbuk perasa.

  5. Tutup api dan bolehlah dihidangkan.
 
p/s:Kari mamak ni tak payah masukkan santan















Labels:

posted by intan at June 12, 2007 2 comments

myspace layouts, myspace codes, glitter graphics

Mycodesplace - the best myspace site

myspace layouts, myspace codes, glitter graphics

myspace layouts, myspace codes, glitter graphics

thediamonddew.com
thediamonddew.com

myspace layouts, myspace codes, glitter graphics

myspace layouts, myspace codes, glitter graphics

thediamonddew.com
thediamonddew.com

thediamonddew.com
thediamonddew.com

FIGHT BREAST CANCER
FIGHT BREAST CANCER