<$RESEPI PILIHANKU$>
SOTO
Resepi Soto Yang Lengkap dari Puan Puti MazuraPuan Puti ni orang Johor, so banyak resepi-resepi asli dari Johor dikongsikan dalamTeratak Chetam.Kalau nak tahu sedap ke tak,kenalah cuba.Saya dah cuba resepi saya bagi 5 bintang,famili saya memang puji kesedapan soto ni.Kebetulan ari tu,time prepared soto kekawan adik datang,sedap kata dia orang.Siap minta resepi lagi..... SOTO A. Sup 1. Satu ekor ayam, direbus di dalam 1.5 liter air dan diangkat, siatkandagingnya dan masukkan semula tulang ke dalam stok (Note: Ada yang suka goreng dulu ayamnya selepas rebus, sebelum disiat) 2. Satu ekor ayam - rangkanya sahaja, direbus di dalam air yang sama, optional 3. 10 ulas bawang merah kecil, dikisar 4. 10 ulas bawang putih, ditumbuk 5. 2 inci halia muda, ditumbuk 6. 1 inci lengkuas, ditumbuk 7. 2 batang serai, dikisar bersama bawang 8. Satu peket rempah sup Adabi, dibuat pes 9. 3 sudu besar ketumbar (disangrai dan di kisar halus) 10. 20 biji lada hitam, dititik 11. 2 biji buah keras, kalau suka 12. 1.5 liter air, digunakan untuk membuat stok ayam - renihsekurang-kurangnya satu jam 13. 3 sudu makan minyak masak 14. Gula dan garam Cara 1. Pijarkan minyak 2. Tumiskan bahan yang ditumbuk/dikisar sehingga terbit bau 3. Masukkan ketumbar dan lada hitam, biarkan sehingga pecah minyak 4. Masukkan pes sup, biarkan sehingga naik bau 5. Masukkan stok ayam (bersama tulang) dan buah keras 6. Didihkan dan sesuaikan gula dan garamnya B. Pegedil 1. 5 biji kentang kuning, sederhana besar, dihiris dan digoreng hingga empuk, tumbuk 2. ½ cawan udang kering, dibasuh dan digoreng garing 3. ½ cawan hati ayam, digoreng dan dicincang halus 4. 5 ulas bawang merah kecil, digoreng sebentar 5. 3 ulas bawang putih, digoreng sebentar 6. 4 biji cili merah, digoreng sehingga pecah kulit 7. 2 sudu makan ketumbar, disangrai dan ditumbuk 8. 10 biji lada hitam, dititik 9. ½ cawan daun saderi (sup) dan daun bawang (dicampur) 10. Sesudu teh garam (atau lebih jika suka masin) dan sesudu teh gula, secukup rasa 11. 2 biji telur, dipukul 12. 2 cawan minyak untuk menggoreng Cara 1. Tumbuk udang kering bersama bawang merah, cili dan bawang putih 2. Masukkan ke dalam kentang yang telad ditumbuk 3. Masukkan ketumbar, lada hitam, hati ayam, daun saderi (sup) dan 4. Masukkan garam dan gula, gail rata 5. Kepalkan adunan (anggaran dua sudu makan setiap satu), bulat dan leperkan. 6. Masukkan kedalam perti sejuk selama satu jam, untuk mengekalkan bentuknya supaya tidak mudah lerai bila digoreng. 7. Panaskan minyak 8. Salutkan pegedil dengan telur, sehingga rata litupnya dan goreng sehingga berwarna keperangan. C. Sambal kicap 1. 15 biji cili padi, goreng hingga pecah kulit 2. 6 ulas bawang putih, goreng bersama cili 3. ½ cawan kicap manis 4. 1 biji limau nipis/2 biji limau kasturi 5. 3 sudu makan gula Cara 1. Tumbuk cili dan bawang putih hingga lumat 2. Masukkan gula, gesek-gesekkan dengan anak lesung (jangan tumbuk nanti sambal akan jadi pijar) 3. Masukkan kicap dan perahkan limau 4. Kacau rata dan simpan di dalam peti sejuk sekurang-kurangnya sejam sebelum dihidangkan. D. Bahan Hidangan 1. Nasi himpit, dipotong dadu 2. Daging ayam (yang direbus - A), disiat-siat 3. Taugeh, dicelur (atau boleh dibasuh sahaja) 4. Suhun, digoreng 5. Bawang goreng 6. Daun saderi (sup) dan daun bawang 7. Limau nipis, dipotong (optional) Cara 1. Letakkan nasi himpit, daging ayam, taugeh dan suhun 2. Curahkan sup 3. Taburkan bawang goreng dan daun 4. Letakkan pegedil dan sambal kicap 5. Perahkan sedikit limau nipis (jika suka) P/S....Jangan tak cuba.....bak kata orang mak mertua lalu pun tak nampak,sedap sangat la tuh!Gambar nanti saya uploadkan Labels: LAUK PAUK |
Post a Comment