<$RESEPI PILIHANKU$>
SOLOK LADA
Hari ni minggu cuti persekolahan akhir tahun,so mulalah aktiviti kat dapur.Macam2 permintaan dari suami dan anak2.Jadi mula sekali saya tunaikan dulu yang bapaknya,cili ni sebenarnya dia beli minggu lepas di pasar Siti Khadijah Kelantan, khas untuk buat Solok Lada.Ha... inilah hasilnya.Kekawan suma bolehlah cuba ia sesuai dimakan dengan nasi dagang atau nasi putih.Tapi hubby kata masak simple jadi tak payah masak nasi dagang.Dia cuma nak makan dgn nasi putih ja orait jugak..... BAHAN-BAHAN: 1 ekor ikan tenggiri(rebus-ambil isi ikan) 2 cawan kelapa parut 6 ulas bawang 3 hiris halia 1/2 camca teh lada hitam 1 cawan santan 1 biji telur ayam 10 tangkai cili hijau 2 camca besar gula 1 camca teh garam Cara membuatnya: 1.Tumbuk bersama isi ikan,lada hitam,halia dan bawang merah. 2.Satukan bahan tumbuk,kelapa parut,garam,gula.Gaul. 3.Masukkan telur.Gaul lagi. 4.Belah cili dan sumbat ramuan ikan. 5.Atur dalam periuk tanah,taburkan gula dan garam.Curahkan santan ke atas cili. 6.Masak di atas api sederhana sehingga ia masak. Labels: LAUK PAUK |
Post a Comment