Thursday, September 20, 2007

NASI AYAM



Selamat berpuasa dan kepada teman2 yg meminta resepi Nasi ayam dari saya ini resepinya yang anda minta.Sebelum ini teman2 saya tulis tangan je resepi ni dan lepas tu telah hilangkan resepi ni so bagi menunaikan permintaan mereka. Saya postingkan resepi ni.Ramai yg telah mencuba dan menjadi,saya jamin rasanya yg sedap pasti akan menambat selera keluarga anda.....


NASI AYAM

Bahan Untuk Memerap Ayam:

Gula caramel @ madu

minyak bijan

kicap manis

sos tiram

Cara-caranya:

Gula karamel itu sebenarnya adalah madu yg dicampur dengan sedikit kicap manis serta minyak bijan dan dilumur pada badan ayam dan dibiar seketika selama 1 jam sebelum menggorengnya dalam minyak yg banyak (goreng terendam).

GULA KARAMEL

(Bahan-bahannya)

75 g gula kaster

120 ml air @ ½ cawan air

Jerang kedua-dua bahan dalam periuk non-stick hingga gula larut. Kacau sekali-sekala hingga campuran menjadi keperangan kemudian angkat dan tuang ke dalam bekas. Jika dibiar terlalu lama, ia akan pahit (kerana kepanasan periuk).

Ayam Goreng

Panaskan minyak yang banyak di dalam kuali yang dalam dan goreng

ayam yang sudah diperap. Goreng sehingga garing, balikkan dan goreng sebelah

lagi sehingga garing permukaannya. Angkat dan toskan minyak

Sup Nasi Ayam

2 ekor ayam -kaki, leher dan giblets dibersihkan, potong

kecil.

3 liter air (tambah kemudian jika perlu)

5 ulas bawang putih, ditumbuk

10 ulas bawang merah, ditumbuk

1 biji bawang besar, dimayang

3 inci halia, ditumbuk

2 biji buah pelaga

1 batang kulit kayu manis

3 kuntum bunga lawang

1 bungkus rempah sup Adabi (make into paste)

2 kiub perasa ayam @ 2 camca besar stok ayam maggi

@ guna chicken broth (boleh rebus ayam dan airnya boleh dibuat sup)

Air - 5-10 cawan (agak-agak) dan rasa ikut sedap

Cara-cara:

1. Pijarkan 2 sudu makan minyak

2. Tumiskan bawang putih, halia, dan bawang besar

sehingga naik bau

3. Masukkan buah pelaga

4. Masukkan rempah sup dan biarkan sehingga pecah minyak

5. Masukkan air dan biarkan mendidih, masukkan garam dan serbuk perasa (lebihkan

masinnya sedikit)

6. Apabila mendidih masukkan ayam (jika tidak muat boleh masukkan 4 bhg

dahulu dan biarkan selama 10 minit dan keluarkan, kemudian masukkan yang

selebihnya). Ayam hendaklah dibiarkan didalam air mendidih selama 10 minit.

Keluarkan dan toskan. (Bahagian ayam yang dipotong kecil i.e. kaki, leher, tidak

perlu dikeluarkan).

7. Tambahkan air jika perlu dan didihkan sup selama 5 minit. Tutup api

dan biarkan sejuk

Bahan Untuk Nasi Ayam

SILA IKUT ANGGARAN BERIKUT (Jika 1 cawan beras : stoknya 1½ cawan stok ayam)

4 cawan beras panjang, dibasuh dan toskan

6 cawan Stok ayam berdasarkan anggaran seperti di atas

10 biji lada putih-kisar

3 inci halia-kisar

1 biji bawang besar-kisar

½ cawan mentega

2 camca besar minyak

2 kiub perasa ayam ( knorr atau maggie) @ 2 camca besar stok pekat ayam (di dalam botol )

3-4 helai daun pandan (disimpul)

garam secukupnya

serbuk kunyit (untuk kasi warna kuning sedikit) -OPTIONAL

Cara-caranya:

Cara-cara:

1. Gunakan separuh minyak dan separuh lagi mentega ketika hendak menumis bahan kisar untuk nasi ayam. Dan goreng bahan-bahan di atas di dalam kuali. Pastikan juga campuran bawang ditumis hingga wangi. Ketepikan minyaknya

2. Basuh beras dahulu dan setelah di sukat masukkan beras tadi bersama bahan gorengan tadi dan dikacau bersama di dalam kuali.Kemudian beras di’goreng’ dengan bawang tadi hingga kering airnya.Kemudian masukkan beras yg telah digoreng dan disejukkan tadi ke dalam rice cooker dan masukkan (sup ayam yang telah disejukkan) iaitu jika anggaran anda 1 cawan beras maka sup ayam ialah 1½ cawan sup ayam.Masak seperti biasa (di dalam rice cooker tadi). Bila nasi masak, barulah dicampur kembali dengan minyak gorengan bawang tadi. Saya gunakan cara ini dan alhamdulillah sentiasa menjadi dan enak .

3. Masukkan daun pandan.

4. Masak seperti biasa sehingga nasi masak.

Kuah Kicap Nasi Ayam

1sudu makan minyak

goreng ayam

campuran kicap lebihan perapan ayam (tambah kicap jika

perlu)

1 cawan stok ayam(sup)

1 camt ajinomoto

2 camca besar gula

Cara-caranya:

kuah kicapnya, pijarkan satu sudu makan minyak

goreng ayam, masukkan campuran kicap lebihan perapan ayam (tambah kicap jika

perlu) dan 1 cawan stok ayam, didihkan. Tutup api dan ketepikan.

Sos Cili Nasi Ayam

2 sudu makan minyak goreng ayam

6 biji cili besar-kisar

1 cawan kicap (kicap masin)

1/2 senduk sos tomato

3 biji bawang putih

3 inci halia –dikisar

1 sudu cuka

1 cawan stok ayam

2 sudu makan gula

Garam secukupnya

Cara-caranya:

Panaskan 2 sudu makan minyak goreng ayam

tadi, tumiskan halia dan bawang putih. Masukkan cili kering & cili

merah dan goreng hingga pecah minyak. Masukkan sos tomato, 1 sudu cuka dan 1

cawan stok ayam, 2 sudu makan gula dan sedikit garam. Biarkan mendidih dan renih

sehingga pekat sedikit. Tutup api dan ketepikan.

Bahan Hiasan Sebelum Menghidang Nasi Ayam

- Hirisan potongan timun

- Hirisan Buah Tomota

- Daun Salad

- Potongan Daun Bawang

- Bawang Goreng ( yang ditaburkan di atas nasi).

Untuk menghidang

1. Masukkan nasi ke dalam pinggan, taburkan bawang goreng & daun saderi

& daun bawang

2. Susun daun salad, hirisan timun dan tomato di dalam side plate.

Susunkan satu bahagian ayam (yang telah dipotong) diatasnya. Curahkan dua sudu

makan kuah kicap dan dua sudu makan sos cili keatas ayam

3. Masukkan sup ke dalam mangkuk sup dan taburkan bawang goreng & daun

saderi & daun bawang

No comments:

Post a Comment