<$RESEPI PILIHANKU$>
KEK COKLAT MOIST (LEMBAB)
KEK COKLAT MOIST All Purpose Flour Kek ini memang moist dan senang aje nak buatnya,kalau ikut step pertama sure menjadi punya.Selamat mencuba! KEK COKLAT MOIST Bahan-bahan: 2 1/2 cawan all-purpose flour 2 cawan gula kaster 1 camcateh baking powder 1/2 camcateh baking soda 1 1/2 cawan serbuk koko 1 1/2 ketul butter 3 biji telur 2 camcateh vanilla 2/3 cawan sour cream 1 1/2 cawan air sejuk(dari peti sejuk) Pes coklat: 1 sudu teh NESCAFE 1 sudu teh air panas 1 sudu teh esen vanila(star brand) 1 sudu teh perisa coklat(star brand) 1 sudu teh serbuk koko Bahan-bahan ini dibancuh bersama-sama. Cara-cara: 8 inch acuan -acuan di alas kertas minyak dan disapu butter. Topping(ICING): 6 auns semisweet chocolate, dipecahkan kecil-kecil, 3/4 dari 1 ketul butter , 1 camca kecil minyak jagung, 1/2 cawan sour cream,1 sudu kecil vanilla dan 6 sudu besar susu pekat. Keluarkan semua barang supaya berada pada suhu bilik. Panaskan oven pada suhu 350F. Terdapat 2 cara untuk mengadun adunan kek. Cara Pertama:Satukan semua bahan ke dalam mixer iaitu tepung, gula, baking powder, soda, koko, butter, telur, vanilla, dan sour krim ke dlm pengadun dan adun sehingga gebu, lembut dan sebati. Diikuti dengan pes coklat. Dan akhir sekali masukkan air ais dari peti sejuk sedikit demi sedikit sambil dikacau.Kacau perlahan-lahan.Kemudian masukkan adunan tadi ke dlm acuan yang bergris dan bakar. Sebaliknya jika anda suka membuat kek mengikut langkah demi langkah, anda boleh mengikut panduan ini. Cara Kedua:Campurkan gula dan butter.Pukul sehingga kedua-duanya menjadi kembang dan gebu. Selepas itu, masukkan pula tepung sedikit demi sedikit, pastikan adunan dikacau perlahan-lahan dan dikacau satu arah sahaja sehingga tepung menjadi sebati.Kemudian masukkan pula koko, sour cream, vanilla, dan telur. Pukul di dalam mangkuk sehingga menjadi sebati.Selepas itu, barulah dimasukkan kedlm adunan tepung tadi. Kacau perlahan-lahan pada satu arah sahaja. Masukkan pula pes coklat dan dikacau lagi. Akhir sekali masukkan air sejuk sedikit demi sedikit sambil digaul perlahan-lahan. Dengan menggunakan spatula plastik sapu dan ratakan adunan ke dalam tin pembakar,yang telah dilapik dgn kertas minyak serta disapu dgn butter di sekeliling acuan. Bakar selama 35 minit, untuk memastikan kek telah masak cucuk dgn lidi ditengah2 kek, jika tidak melekat tepung pada lidi tandanya kek telah masak. Keluarkan kek dari oven, sejukkan sebelum disapukan dgn toppin(icing). JANGAN risau jika permukaan kek pecah2, sbb ia boleh disembunyikan dengan icing yg disapukan pada permukaan kek. Cara membuat(topping) icing : Cairkan coklat dan butter di dalam bekas, Masukkan ke dlm microwave @ masakkan di atas api. Masak dgn api yg perlahan.Apabila coklat dan butter sebati, masukkan minyak jagung @ minyak zaitun, diikuti pula dengan sour krim dan vanilla. Akhir sekali masukkan susu pekat. Masak sehingga menjadi sebati.Anda perlu tambahan air panas satu sudu kecil pada adunan ini. Sapukan pada kek dan hias mengikut kehendak anda. Labels: KEK |
Post a Comment