<$RESEPI PILIHANKU$>
DAGING MASAK JAWA
Resepi terkini................. Hari ini saya penuhi hajat anak yang bongsu supaya masakkan dia Daging masak Jawa.Sebenarnya masakkan ni adalah resepi yang diturunkan dari nenek sebelah ibu saya.Setiap kali hari raya nenek(arwah tok) takkan lupa masak untuk anak serta cucunya.Istimewanya nenek tidak menggunakan minyak masak yang dibeli dari kedai tapi sebaliknya dia menggunakan minyak kelapa yang dibuatnya sendiri.Sebab itu, rasanya sedap dan aromanya fuhh... Satu pesanan saya kalau anda tak suka kacang tanah tak payah masukkan tapi bagi saya tanpa kacang rasanya kurang menyengat la! Sesuai dimakan dengan nasi,ketupat atau lemang.Kalau sedap bagitau la! Daging Masak Jawa Bahan-bahan: 1 kilo daging lembu(dihiris nipis) 10 biji cili merah(dibelah dan dibuang biji)}dikisar 6 biji cili kering (direndam dan buang biji)} dikisar 10 ulas bawang merah}dikisar 3cm lengkuas}dikisar 3cm halia}dikisar 3 batang serai}dikisar kacang tanah 50 sen}digoreng tanpa minyak dan ditumbuk 1/2 senduk minyak masak 2 mangkuk pati santan 1 mangkuk air 1 keping asam gelugor 2 biji Bawang besar-dipotong bulat cara-cara: Daging dipotong nipis serta dibersihkan dan ditoskan airnya.Ketepikan. Cili merah dibelah dua dan dibuang bijinya. Begitu juga dengan cili kering dibuang biji dan direndam seketika di dalam air panas. Kacang tanah digoreng tanpa minyak.Selepas itu, asingkan kulitnya serta ditumbuk halus. Selepas itu,bawang merah,halia,lengkuas,serai,cili merah dan cili kering di mesin sehingga lumat dengan 1 mangkuk air. Kemudian,panaskan kuali dengan minyak masak.Apabila minyak telah panas masukkan bahan-bahan yang telah dimesin tadi dan masak rempah tadi sehingga naik bau dan pecah minyak. Apabila rempah telah pecah minyak.Masukkan daging dan dikacau supaya ia menjadi sebati. Masukkan santan dan dikacau sebentar.Seketika kemudian masukkan kacang tanah dan dikacau lagi agar kesemuanya menjadi sebati. Bolehlah dimasukkan garam secukupnya dan jangan lupa masukkan 1 keping asam gelugor.Jangan terlebih pulak nanti masam. Akhir sekali masukkan bawang besar yang telah dipotong bulat.Kacau seketika.Apabila telah pecah minyak.Angkat dan hidangkan. Selamat menjamu selera..... Labels: LAUK PAUK |
Post a Comment