<$RESEPI PILIHANKU$>
KEK MARBLE
![]()
Hai! semua dah lama tak update kat sini,hari ni baru ada kesempatan utk tunjukkan resepi terbaru.Memang best and I have this recipe of Kek Marble to share here which was introduced by Mat Gebu. Puas hati dgn keenakannya....
Kek marble trio
Bahan-bahan ( Acuan ( 8 x 8 x 3 ) inci )
300 g mentega, pada suhu bilik 280 g tepung halus (tepung gandum pun ok)* 1 camca teh serbuk penaik* 1 camca besar susu tepung*(*disatukan dan diayak) 5 biji telur Gred A 250 g gula kastor 1 camca besar Ovallete 30 g Gliserin 20 g air 1/2 camca teh esev vanilla 1/2 camca teh strawberi emulco 1 camca teh coklat emulco Cara-cara Pukul mentega hingga kembang. Masukkan tepung yg telah diayak tadi. Gaul rata dgn mentega. Ketepikan. Dalam mangkuk yg kering dan bersih. Satukan telur, gula dan ovallate. Menggunakan kelajuan yg tinggi, pukul adunan hingga kembang dan gebu. Seperti adunan kuih baulu. Perlahankan speed, masukkan adunan mentega tadi sedikit demi sedikit hingga habis. Masukkan juga gliserin dan air. Gaul hingga rata. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Satu dicampur dgn coklat emulco, satu lagi dgn strawberi emulco dan satu yg adunan kosong dicampur dgn esev vanila. (Perisa bergantung pada kehendak masing2). Lenser tin kek berukuran ( 8 x 8 x x3 ) inci dgn mentega dan alas dasarnya dgn kertas minyak. Tuang setiap adunan secara berselang seli hingga habis. Bila sudah siap. Ambil chopstick atau sudu (gunakan tangkainya). Buat beberapa pusingan pada adunan kek tadi. JGN terlebih pusing, cukup sekadar 3 - 4 kali pusingan. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 175C selama 40 - 45 minit, bergantung pada oven masing2. Jika selepas 45 minit dan apa bila dicucuk dgn lidi satu dibhg tgh2 kek dan hasilnya tidak kering. Tutup permukaan tin kek dgn tudung periuk dan tambah masa membakar 5 - 10 minit lagi. Uji kek selepas 5 minit dibakar. Bila masak keluarkan kek dari tin dan sejukkan. Tujuan meletakkan "tudung periuk" ialah untuk mengelakkan kek hangus pada permukaannya. ![]() Labels: KEK, TIMBANGAN BERAT DAN SUKATAN |
<$RESEPI PILIHANKU$>
KEK COKLAT MOIST (LEMBAB)
KEK COKLAT MOIST All Purpose FlourKek ini memang moist dan senang aje nak buatnya,kalau ikut step pertama sure menjadi punya.Selamat mencuba! KEK COKLAT MOIST Bahan-bahan: 2 1/2 cawan all-purpose flour 2 cawan gula kaster 1 camcateh baking powder 1/2 camcateh baking soda 1 1/2 cawan serbuk koko 1 1/2 ketul butter 3 biji telur 2 camcateh vanilla 2/3 cawan sour cream 1 1/2 cawan air sejuk(dari peti sejuk) Pes coklat: 1 sudu teh NESCAFE 1 sudu teh air panas 1 sudu teh esen vanila(star brand) 1 sudu teh perisa coklat(star brand) 1 sudu teh serbuk koko Bahan-bahan ini dibancuh bersama-sama. Cara-cara: 8 inch acuan -acuan di alas kertas minyak dan disapu butter. Topping(ICING): 6 auns semisweet chocolate, dipecahkan kecil-kecil, 3/4 dari 1 ketul butter , 1 camca kecil minyak jagung, 1/2 cawan sour cream,1 sudu kecil vanilla dan 6 sudu besar susu pekat. Keluarkan semua barang supaya berada pada suhu bilik. Panaskan oven pada suhu 350F. Terdapat 2 cara untuk mengadun adunan kek. Cara Pertama:Satukan semua bahan ke dalam mixer iaitu tepung, gula, baking powder, soda, koko, butter, telur, vanilla, dan sour krim ke dlm pengadun dan adun sehingga gebu, lembut dan sebati. Diikuti dengan pes coklat. Dan akhir sekali masukkan air ais dari peti sejuk sedikit demi sedikit sambil dikacau.Kacau perlahan-lahan.Kemudian masukkan adunan tadi ke dlm acuan yang bergris dan bakar. Sebaliknya jika anda suka membuat kek mengikut langkah demi langkah, anda boleh mengikut panduan ini. Cara Kedua:Campurkan gula dan butter.Pukul sehingga kedua-duanya menjadi kembang dan gebu. Selepas itu, masukkan pula tepung sedikit demi sedikit, pastikan adunan dikacau perlahan-lahan dan dikacau satu arah sahaja sehingga tepung menjadi sebati.Kemudian masukkan pula koko, sour cream, vanilla, dan telur. Pukul di dalam mangkuk sehingga menjadi sebati.Selepas itu, barulah dimasukkan kedlm adunan tepung tadi. Kacau perlahan-lahan pada satu arah sahaja. Masukkan pula pes coklat dan dikacau lagi. Akhir sekali masukkan air sejuk sedikit demi sedikit sambil digaul perlahan-lahan. Dengan menggunakan spatula plastik sapu dan ratakan adunan ke dalam tin pembakar,yang telah dilapik dgn kertas minyak serta disapu dgn butter di sekeliling acuan. Bakar selama 35 minit, untuk memastikan kek telah masak cucuk dgn lidi ditengah2 kek, jika tidak melekat tepung pada lidi tandanya kek telah masak. Keluarkan kek dari oven, sejukkan sebelum disapukan dgn toppin(icing). JANGAN risau jika permukaan kek pecah2, sbb ia boleh disembunyikan dengan icing yg disapukan pada permukaan kek. Cara membuat(topping) icing : Cairkan coklat dan butter di dalam bekas, Masukkan ke dlm microwave @ masakkan di atas api. Masak dgn api yg perlahan.Apabila coklat dan butter sebati, masukkan minyak jagung @ minyak zaitun, diikuti pula dengan sour krim dan vanilla. Akhir sekali masukkan susu pekat. Masak sehingga menjadi sebati.Anda perlu tambahan air panas satu sudu kecil pada adunan ini. Sapukan pada kek dan hias mengikut kehendak anda. Labels: KEK |
<$RESEPI PILIHANKU$>
KEK CHIFFON PANDAN
![]() Kek Chiffon pandan Cara-cara menyediakannya: 1.Kuning telur + ¼ camca besar garam + 2oz gula dipukul dengan hand whisk. Labels: KEK |






















































