LAKSA KEDAH
Bahan-Bahan
2 bungkus laksa - (direndam dan direbus hingga masak)
11/2 kg ikan kembung atau ikan selayang(direbus)
1batang bunga kantan
1 ikat daun kesum
1 genggam keping asam keping
air untuk merebus ikan
Isi ikan,kembung kurau atau talang 1 ketul-dibakar dan ditumbuk
garam dan serbuk perasa secukup rasa
Bahan-bahan untuk dikisar :-
15 tangkai cili kering
2 cm belacan
25 ulas bawang merah
Bahan-bahan untuk dihiris:-
1 biji timun
1 pokok daun salad
2 biji bawang besar
10 tangkai cili padi
6 biji limau kasturi dibelah 2
Cara Memasak
1. Rebus ikan kembung atau selayang bersama dgn air dan asam keping sebanyak 1 genggam(tujuannya supaya dapat menghilangkan hanyir ikan).Biar ikan ini masak.Air rebusan ikan jangan dibuang kerana nanti akan diguna semula sbg kuah.
2. Asingkan isi dan tulangnya. Asam keping juga jangan dibuang dan masukkan semula kedalam air rebusan ikan tadi.
3.Kemudian isi ikan diramas @ kisarkan isinya dan ketepikan.Begitu juga tulang ikan hendaklah dikisar bersama dgn air .Kisar tulang ini sehingga habis kesemuanya.Kemudian apabila selesai tulang ikan tadi perlu ditapis dan diambil airnya.Ketepikan.
4.Selepas itu, masukkan pula bahan-bahan kisar iaitu cili,bawang merah dan belacan(optional). Biarkan semua bahan ini mendidih dan naik bau.
5.Selepas itu, bolehlah dimasukkan air rebusan ikan dan air tapisan tulang ikan tadi ( kepekatan terpulang pada anda, lagi sedap kalau kuah pekat).Masukkan pula isi ikan yg diramas tadi.Dan jgn lupa untuk menyedapkan kuah masukkan isi ikan yang telah dibakar ke dalam kuah.
4.Apabila mendidih masukkan pula bunga kantan dan daun kesum.
5.Masukkan garam dan serbuk perasa secukupnya.
6.Kuah siap utk dihidangkan bersama-sama laksa dan bahan2 hirisan.
Masakan bergambar(langkah2)
Ikan yang direbus bersama dengan asam keping.
Air rebusan jangan dibuang ia akan digunakan sebagai kuah.
Tulang ikan ditapis dan air tapIsannya juga akan
digunakan sebagai kuah
Cili kisar,bawang merah dan belacan
dimasak bersama sehingga mendidih dan naik bau.
Selepas itu,masukkan air rebusan dan air tapisan tulang ikan
ke dlm periuk
Masukkan isi ikan yang telah diramas sehingga
hancur ke dalam kuah
Isi ikan talang dibakar dan ditumbuk selepas
itu masukkan ke dalam kuah.Ini lah rahsia untuk
menyedapkan kuah laksa.
Bihun laksa hendaklah direndam terlebih dahulu sebelum
ianya direbus supaya cepat dimasak nanti
Labels: MEE/MEEHUN/LAKSA
Post a Comment