<$RESEPI PILIHANKU$>

NASI DAGING
![]() NASI DAGING DENGAN AIR ASAM Bahan-bahan: 5 cawan beras bathmati -bersih dan toskan1 kg. daging - dipotong kiub dan direbus 2 liter santan 7 1/2 cawan air rebusan daging(anggaran 1 cawan beras: 1½ cawan air)@ ikut suka 3 sudu besar minyak sapi 3 susu besar rempah kurma dibancuh dgn sedikit air 3 helai daun pandan -disimpulkangaram & serbuk perasa secukup rasa 2 bungkus rempah kurma 2 batang serai - dititik 10 helai daun limau purutdaun sup 2 biji cili merah (dibelah dua) Bahan kisar: 15 ulas bawang merah 3 ulas bawang putih 3 inci halia 2 inci lengkuas 10 biji lada hitam 1 sudu besar jintan manis 1 sudu besar jintan putih Bahan tumis: 1 batang kulit kayu manis 2 kuntum bunga lawang 5 kuntum bunga cengkih 2 kuntum bunga pelaga Cara memasak: 1. Panaskan minyak sapi dalam kuali. 2. Tumiskan bahan tumisan iaitu kulit kayu manis,bunga lawang,bunga cengkih dan buah pelaga. 3.Campurkan bahan yang telah dikisar dengan rempah kurma.Tumiskan dan biarkan sehingga pecah minyak dan wangi. 4.Masukkan air rebusan daging, santan cair,cili merah,serai ,garam,serbuk perasa dan daging...biarkan mendideh. 5.Masukkan beras, daun pandan daun sup dan daun limau purut untuk menaikkan baunya.Kacau sebentar. 6.Bolehlah dipindahkan ke dalam periuk Rice Cooker dan biarkan nasi masak saperti biasa. 7. Hidangkan bersama dengan Air Asam dan daging atau kalau suka hidang dengan sup tulang/daging.Emm... bestnya. Labels: NASI |

<$RESEPI PILIHANKU$>

DAGING MASAK JAWA
![]() Resepi terkini................. Hari ini saya penuhi hajat anak yang bongsu supaya masakkan dia Daging masak Jawa.Sebenarnya masakkan ni adalah resepi yang diturunkan dari nenek sebelah ibu saya.Setiap kali hari raya nenek(arwah tok) takkan lupa masak untuk anak serta cucunya.Istimewanya nenek tidak menggunakan minyak masak yang dibeli dari kedai tapi sebaliknya dia menggunakan minyak kelapa yang dibuatnya sendiri.Sebab itu, rasanya sedap dan aromanya fuhh... Satu pesanan saya kalau anda tak suka kacang tanah tak payah masukkan tapi bagi saya tanpa kacang rasanya kurang menyengat la! Sesuai dimakan dengan nasi,ketupat atau lemang.Kalau sedap bagitau la! Daging Masak Jawa Bahan-bahan: 1 kilo daging lembu(dihiris nipis) 10 biji cili merah(dibelah dan dibuang biji)}dikisar 6 biji cili kering (direndam dan buang biji)} dikisar 10 ulas bawang merah}dikisar 3cm lengkuas}dikisar 3cm halia}dikisar 3 batang serai}dikisar kacang tanah 50 sen}digoreng tanpa minyak dan ditumbuk 1/2 senduk minyak masak 2 mangkuk pati santan 1 mangkuk air 1 keping asam gelugor 2 biji Bawang besar-dipotong bulat cara-cara: Daging dipotong nipis serta dibersihkan dan ditoskan airnya.Ketepikan. Cili merah dibelah dua dan dibuang bijinya. Begitu juga dengan cili kering dibuang biji dan direndam seketika di dalam air panas. Kacang tanah digoreng tanpa minyak.Selepas itu, asingkan kulitnya serta ditumbuk halus. Selepas itu,bawang merah,halia,lengkuas,serai,cili merah dan cili kering di mesin sehingga lumat dengan 1 mangkuk air. Kemudian,panaskan kuali dengan minyak masak.Apabila minyak telah panas masukkan bahan-bahan yang telah dimesin tadi dan masak rempah tadi sehingga naik bau dan pecah minyak. Apabila rempah telah pecah minyak.Masukkan daging dan dikacau supaya ia menjadi sebati. Masukkan santan dan dikacau sebentar.Seketika kemudian masukkan kacang tanah dan dikacau lagi agar kesemuanya menjadi sebati. Bolehlah dimasukkan garam secukupnya dan jangan lupa masukkan 1 keping asam gelugor.Jangan terlebih pulak nanti masam. Akhir sekali masukkan bawang besar yang telah dipotong bulat.Kacau seketika.Apabila telah pecah minyak.Angkat dan hidangkan. Selamat menjamu selera..... Labels: LAUK PAUK |

<$RESEPI PILIHANKU$>

KUIH LAPIS NYONYA
![]() Kueh Lapis Nyonya Bahan-bahan: 100 g tepung beras*100 g tepung sagu*(*disatukan dan diayak) 200 g gula pasir 250 ml air 360 ml santan pekat 3 helai daun pandan Sedikit pewarna merah, hijau dan kuning(ikut citarasa masing-masing)-optional Cara-cara 1)Masak gula bersama air dan 2 helai daun pandan. Biar hingga gula larut. Sejukkan dan tapis. Ketepikan. 2)Dengan menggunakan wisk, kacau tepung bersama santan sehingga rata, masukkan air gula tadi. Gaul hingga sebati dan tapis adunan. 3)Bahagikan kepada 3 bahagian yg sama banyak. Warnakan satu dgn warna hijau, satu lagi dgn warna merah dan biarkan satu lagi dgn warna asal (putih). 4)Panaskan kukusan, masukkan baki 1 helai daun pandan tadi ke dalam air kukusan. Sapu tin kek dgn sedikit marjerin pada dasar dan tepi. Panaskan tin dalam kukusan terlebih dahulu (lebih kurang 5 minit). 5)Bahagi adunan putih kepada dua bahagian yg sama banyak. Tuang adunan putih ke dalam tin yg telah dipanaskan tadi (tanpa mengeluarkan tin dari kukusan). Tutup dan kukus 5 minit dgn api besar. Kemudian buat kaedah sama untuk warna hijau, kukus 5 minit lagi, dan kemudian sama juga utk warna merah. Resepi ini akan menghasilkan 6 lapisan iaitu putih, ,hijau, merah, putih,kuning, hijau dan merah (akhir). Untuk lapisan terakhir (merah) kukus 10 minit. Tujuan utk keluarkan minyak dari santan supaya kuih nampak berkilat. Bila masak biarkan ia sejuk baru dipotong. Selamat mencuba.... Dalam gambar saya pelbagaikan pewarna pada kuih lapis ini,bukan apa utk menceriakannya!! Labels: KUIH MUIH |
