<$RESEPI PILIHANKU$>

IKAN MASAK TEMPOYAK
![]() Sekarang ni kan musim durian so durian yg tak terhabis tu saya jadikan tempoyak( buah durian ni dari dusun mak). Saya ni mcm orang mengidam lah pulak bila tengok je tempoyak terus terfikir lama jugak tak masak tempoyak.Jadi , saya suruh suami belikan ikan dari Sg.Perak utk dibuat masak tempoyak(suami kerja sana).Ikan ni pun susah nak dapat tak tempah awal abis la! Dah dapat ikan terus je masak. Mmm... sedap sungguh..... Ikan patin masak tempoyak Bahan-bahan: 2 potong ikan patin @ ikan sungai(ikut citarasa anda) 5 ulas bawang merah 2 ulas bawang putih 2 batang serai ,diketuk 1 biji timun 5 tangkai daun kesum 1 keping asam gelugor 1 inci halia 10 biji cili padi 4 camca besar tempoyak Garam secukup rasa Serbuk perasa secukupnya Air secukupnya Cara-cara memasak: 1. Ketuk atau kisar bawang merah, bawang putih, cili padi dan halia. Bahan-bahan ini dicampur dengan tempoyak dan dikisar sehingga bahan-bahan ini menjadi halus. 2. Potong timun. 3. Di dalam periuk, campurkan bahan-bahan yang telah dikisar tadi dengan sedikit air- PERHATIAN:kepekatan kuah bergantung kepada anda - dan tambahkan serai , potongan timun dan diikuti dengan ikan. Masukkan juga asam keping, garam, serbuk perasa dan air secukupnya. 4. Masak sehingga ia mendidih dan sedikit pekat. Akhir sekali, masukkan daun kesum. 5. Kacau selalu supaya tidak meruap dgn api sederhana. Tutup api dan hidangkan. Labels: LAUK PAUK |

<$RESEPI PILIHANKU$>

7 LANGKAH CAKAR HARIMAU
Teknik Cakar Harimau ini pernah saya pelajari sewaktu menghadiri satu kursus,kata penyampai tu utk hilangkan stress dan boleh dipraktikkan pada suami, isteri atau anak-anak.Teknik ni lebih kurang cara Psikologi .... Dan kebetulan saya terjumpa dkt satu blog ni jadi saya ingat apa salahya berkongsi dgn anda semua di blog ni. Teknik cakar Harimau ini disampaikan oleh Ustazah Nor Bahyah , menarik juga untuk tatapan semua terutama oleh suami isteri.... 7 LANGKAH CAKARAN HARIMAU Langkah pertama- dalam urutan cakaran harimau ialah seseorang isteri perlu mengurut tengkuk suami mereka dengan penuh kasih sayang memandangkan bahagian itu terdapat banyak urat tegang yang perlu diuraikan. Langkah kedua- pula, kata beliau, ialah mengurut pada bahagian bahu hingga ke lengan dan diikuti Langkah ketiga- dengan membuat `jemput-jemput’ pada bahagian tulang belikat. Langkah keempat dan kelima - merupakan sentuhan yang cukup penting dan perlu kreatif dan ia dimulai dengan `cakaran harimau’ - menggunakan kuku yang telah dipotong bermula dari bahagian tengkuk membawa ke pinggang. Cakaran itu hendaklah diselang-selikan dengan urutan labah-labah, bermula dari pinggang hingga ke bahagian tengkuk. Perlu diingat cakaran itu hendaklah berupa cakaran manja dan dilakukan dengan penuh kasih sayang Langkah keenam- ialah dengan menggenggam kedua-dua tapak tangan dan kemudian tepuk-tepuk pada bahagian belakang badan suami dari atas hingga ke pinggang. Langkah ketujuh- sebenarnya merupakan satu `bonus’ tambahan di mana setelah diurut, suami berasa tenang dan seronok. Selepas itu, bisikan kalimah sayang ke telinga suami seperti `Saya cinta padamu’ Apa yang menarik tip itu bukan sahaja boleh diamalkan oleh isteri tetapi juga oleh suami jika mereka mahu disayangi oleh isteri masing-masing. Kalau boleh urutan itu dilakukan ketika pasangan terbabit sedang berehat, agar dapat mengembalikan keharmonian rumah tangga setelah masing-masing penat bekerja. Namun ketika melakukan urutan itu jangan sekali-kali menggunakan minyak angin tetapi sebaliknya menggunakan minyak aroma terapi. Minyak aroma terapi boleh membangkitkan suasana harmoni serta boleh meredakan ketegangan serta memberi ketenangan jiwa kepada suami atau isteri. Nor Bahyah berkata, beliau rasa terpanggil untuk menyampaikan petua ini sebab ramai yang tidak mengambil berat tentang kaedah sentuhan tersebut sedangkan dalam al-Quran Allah ada menyebut `gauli isteri kamu dengan cara yang terbaik’. “Ini bermakna sentuhan dan belaian manja dan kasih sayang ternyata mampu merapatkan hubungan suami isteri kerana `a’syir,’ (bergaul) di dalam ayat tersebut bermakna bersentuh-sentuhan. Jadi kaedah urutan dan sentuhan seumpama itu amat baik untuk diamalkan,” ujarnya. Tambah Nor Bahyah, cuba bayangkan jika anak menangis diusap dan dibelai maka tangisan itu ia akan terhenti serta merta, apatah lagi pasangan suami isteri. “Urutan ini bukan sahaja boleh diamalkan oleh isteri sebaliknya oleh suami sebagai menghargai pengorbanan isteri dan dengan itu terbentuklah slogan `rumahku syurgaku,’ kerana masing-masing mendapat layanan terbaik,” katanya. Kata Nor Bahyah, Nabi Muhammad ada bersabda `mana-mana isteri yang mengurut suaminya tanpa di suruh, maka isteri itu akan mendapat pahala tujuh ketul emas di syurga. “Manakala mana-mana isteri yang mengurut setelah disuruh oleh suaminya terlebih dahulu maka isteri tersebut akan mendapat pahala tujuh ketul perak di akhirat kelak,” tambahnya. Labels: PETUA |

<$RESEPI PILIHANKU$>

SIAKAP SWEET SOUR
Masakan ni menjadi kegemaran anak perempuan saya Aliah.Sampai sos pun dibalunnya ! Bahan- bahannya: 1 ekor ikan siakap [dibersihkan dan kelarkan] - dilumur dengan putihtelur,garam dan tepung jagung lalu digoreng garing Bahan tumis : 5 ulas bawang merah (dimayang) 3 ulas bawang putih (dimayang) 1 cm halia (dihiris halus) Bahan untuk sos: 2 sudu besar cli kisar 1/2 cawan sos tomato 3 sudu besar sos cili 2 sudu besar sos tiram 1/2 cawan air 2 biji cili merah (dipotong nipis) 1 biji tomato (belah 6) 1 /2 biji timun dipotong kecil dan memanjang 6 biji cili padi -diketuk 3 helai daun limau purut - optional 1 pokok daun bawang & daun sup (dipotong pendek) Garam dan gula secukup rasa minyak secukupnya 1 sudu besar tepung jagung - untuk pekatkan kuah Cara: 1. Ikan dilumurkan garam,telur putih dan tepung jagung. Setelah itu, gorengkan sehingga ikan menjadi garing. Hati-hati agar ikan tidak hangit.Terbalikkan kedua2 belah supaya masak rata. 2. Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia sehingga wangi. 3.Masukkan cili kering, sos tomato, sos cili, sos tiram dan air. Biarkan bahan-bahan sos ini sebati. 4.Masukkan sedikit air dan campurkan dengan tepung jagung untuk memekatkan kuah. 5.Masukkan sayur-sayuran tadi seperti lobak merah,timun,tomato,daun limau dan juga cili padi yang diketuk. Biarkan sayur itu masak.Bolehlah dimasukkan garam dan gula. 6.Setelah kuat pekat, tuangkan ke atas ikan siakap yang digorengkan tadi. 7. Hiaskan dgn daun sup & daun bawang dan sedia utk dihidangkan bersama nasi putih. Labels: LAUK PAUK |
