myspace layouts, myspace codes, glitter graphics
Orang Online myspace layouts, myspace codes, glitter graphics



myspace layouts, myspace codes, glitter graphics

myspace layouts, myspace codes, glitter graphics

myspace layouts, myspace codes, glitter graphics

myspace layouts, myspace codes, glitter graphics



Daisypath Anniversary tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers


About Me

Mycodesplace - the best myspace site


Name::intan
From::Alor Setar, Kedah, Malaysia
I luv cooking..47 yrs old.I’m a happily married woman of many years to the most amazing man. Mother of three PERFECT children...I'm a working Mum who loves every minute of it. My 2 daughters and only 20 year old son is the center of my world. My husband is better to me than I deserve. I'm a lucky woman.
View my complete profile myspace layouts, myspace codes, glitter graphics

Please come again..





Blogging la pulak

Assalamualaikum semua...

WELCOME 2010

Ikan Gelama (masin) masak cili padi

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! MALAYSIA GENAP 52 TAHUN

ROTI JALA BERKUAH KARI DAGING BAHAN BAHAN ROT...

Assalamualaikum , Do'a malaikat Jibril menjelang R...



My new collection of Flowerwallscone :)

SAGU LEMAK BERKRIM~PILIHAN SEKELUARGA





May 2006 October 2006 November 2006 December 2006 January 2007 March 2007 April 2007 May 2007 June 2007 July 2007 August 2007 September 2007 November 2007 January 2008 March 2008 May 2008 June 2008 May 2009 August 2009 September 2009 December 2009 November 2011 June 2014




Resepi Kak Noormasri
Ct Nik Resepi
alangbuana
Jom Masak-masak!!!
Koleksi Resipi Diana
sitisalmi-cross stitch
Syidah: ME INSIDE OUT
Koleksi Resepi Kak Liza
Kak Umi Silk Ribbon
Jom Intai Dapur Mak Lang
SHOPPING WITH LILY
batriesyiahomemade
Jemput Singgah Ke Teratak Chetam
HE



Nora's Touch Welcome to my world of colours

Suesafia'S Cottage

Emelyn's Garden Home Decor

Haz Cottage Charm

HANDBAGS AT MAMA FORUM

tudung online

darmocottage

Hiasan Rumah Inggeris

English Furniture Custom Made & Hand painting



Blogger

FinalSense

Amazon

Yahoo

Ebay

myspace layouts, myspace codes, glitter graphics



Google
<$RESEPI PILIHANKU$>
myspace layouts, myspace codes, glitter graphics
Timbang Berat & Sukatan


Selamat memasak!!!

1 Camca Teh - 5 ml
1 Camca Besar - 15 ml
1 Cawan - 250 ml
4 Cawan - 1 liter
1 Kati (16 tahil) - 600 g
3/4 kati (12 tahil) - 450 g
1/2 kati (8 tahil) - 300 g
1/4 kati (4 tahil) - 150 g
1 lb (16 oz) - 450 g
3/4 lb (12 oz) - 340 g
1/2 lb (8 oz) - 230 g
1/4 lb (4 oz) - 120 g
2 oz - 60 g


Sukatan untuk bahan-bahan
dari cup/cawan ke gram/liter.
Sebagai panduan.

Tepung
1/4 cup = 30gm
1/2 cup = 60gm
1 cup = 125gm
6 3/4 cups = 1kg (1000gm)

Gula atau Mentega
1/4 cup = 60gm
1/2 cup = 125gm
1 cup = 250gm

Cecair
1/4 cup = 50ml
1/2 cup = 125ml
3/4 cup = 180ml
1 cup = 250ml
4 cups (1 quart) = 1 Liter

sukatan cawan ke gram (oz)

1 cup plain flour = 125g ( 4 0z)
1 cup self raising= 125g ( 4 oz)
1 cup castor sugar = 250g ( 80z)
1 cup brown sugar = 185g ( 4 oz)
1 cup icing sugar = 125g ( 4 oz)
1 cup sultana= 125g ( 4 oz)
1 cup coco = 125g ( 4 0z)
1 cup walnut = 125g ( 4 oz)

Labels:

posted by intan at November 30, 2007 0 comments

myspace layouts, myspace codes, glitter graphics
<$RESEPI PILIHANKU$>
myspace layouts, myspace codes, glitter graphics
IMAN SEMUT

Renungkan sejenak...
IMAN SEMUT

Di zaman Nabi Allah Sulaiman berlaku satu peristiwa, apabila Nabi Allah Sulaiman nampak seekor semut melata di atas batu, lantas Nabi Allah Sulaiman merasa hairan bagaimana semut ini hendak hidup di atas batu yang kering di tengah-tengah padang pasir yang tandus.

Nabi Allah Sulaiman pun bertanya kepada semut, "Wahai semut apakah engkau yakin ada makanan cukup untuk kamu".

Semut pun menjawab, "Rezeki di tangan Allah, aku percaya rezeki ditangan Allah, aku yakin di atas batu kering di padang pasir yang tandus ini ada rezeki untukku".

Lantas Nabi Allah Sulaiman pun bertanya: "Wahai semut, berapa banyakkah engkau makan? Apakah yang engkau gemar makan? Dan banyak mana engkau makan dalam sebulan?"

Jawab semut, "Aku makan hanya sekadar sebiji gandum sebulan".

Nabi Allah Sulaiman pun mencadangkan, "Kalau kamu makan hanya sebiji gandum sebulan tak payah kamu melata di atas batu, aku boleh tolong".

Nabi Allah Sulaiman pun mengambil satu bekas, dia angkat semut itu dan dimasukkan ke dalam bekas, kemudian Nabi ambil gandum sebiji, dibubuh dalam bekas dan tutup bekas itu. Kemudian Nabi tinggalkan semut di dalam bekas dengan sebiji gandum selama satu bulan.

Bila cukup satu bulan Nabi Allah Sulaiman lihat gandum sebiji tadi hanya dimakan setengah sahaja oleh semut, lantas Nabi Allah Sulaiman menemplak semut, "Kamu rupanya berbohong pada aku! Bulan lalu kamu kata kamu makan sebiji gandum sebulan, ini sudah sebulan tapi kamu makan setengah".

Jawab semut, "Aku tidak berbohong, aku tidak berbohong, kalau aku ada di atas batu aku pasti makan apapun sehingga banyaknya sama seperti sebiji gandum sebulan, kerana makanan itu aku cari sendiri dan rezeki itu datangnya daripada Allah dan Allah tidak pernah lupa padaku. Tetapi bila kamu masukkan aku dalam bekas yang tertutup, rezeki aku bergantung pada kamu dan aku tak percaya kepada kamu, sebab itulah aku makan setengah sahaja supaya tahan dua bulan. Aku takut kamu lupa".

Itulah Iman Semut!!!

IMAN MANUSIA !?

Di zaman Imam Suffian, ada seorang hamba Allah yang kerjanya mengorek kubur orang mati. Kerja korek kubur orang mati bukan kerja orang ganjil. Bila ada orang mati, mayat terpaksa ditanam, oleh itu kubur perlu digali dulu. Tetapi yang ganjil mengenai hamba Allah ini ialah dia tidak gali
kubur untuk tanam mayat. Sebaliknya apabila orang mati sudah ditanam, waris sudah lama balik kerumah dan Munkar Nakir sudah menyoal, barulah penggali ini datang ke kubur untuk korek balik.

Dia nak tengok macam mana rupa mayat setelah di’INTERVIEW’ oleh Munkar Nakir. Dia korek 1 kubur, 2 kubur, 3 kubur, 10 kubur, 50 kubur sampai 100 kubur. Lepas itu, penggali pergi kepada Imam Suffian dan bertanya kepadanya,

"Ya Imam, kenapakah daripada 100 kubur orang Islam yang aku gali, dua sahaja yang mana mayat di dalamnya masih berhadap kiblat. Yang 98 lagi sudah beralih ke belakang?"

Jawab Iman Suffian, "Diakhir zaman hanya 2 dari 100 umat Islam yang percaya rezeki itu di tangan Allah. 98 orang lagi tidak percaya bahawa rezeki di tangan Tuhan". Itulah sebabnya apabila umat Islam tertekan dengan SOGOKAN duit yang banyak, biasanya, iman dia akan beralih. Nyatalah iman semut lebih kuat dari iman manusia.

Sumber:Saudari Nor Fatimah-Terima kasih

Labels:

posted by intan at November 29, 2007 0 comments

myspace layouts, myspace codes, glitter graphics
<$RESEPI PILIHANKU$>
myspace layouts, myspace codes, glitter graphics
Jom cuci mata...ENGLISH STYLE
Emmm...cantik2 sungguh kain Elyza,Vantage.Ia sangat sesuai untuk peminat dekorasi gaya English.....
Camginilah cushion cover + table runner yg di tempah dari Linda

Indahnya koleksi Vantage.....

Cantik tak.Ni kain Elyza? Tapi gambar ni saya pinjam dr MrsNor sbb kusyen dgn table runner serupa....


Blind roman RM180 ke atas kalau tak silap ,pilih kain dan tempah

Ini langsir Ct Redzuan.... Cantik
Langsir ditempah Kak Masni

Ini pulak langsir Kak Yan

Ini antara corak kain Elyza menjadi idaman hati hehee...

Labels:

posted by intan at November 25, 2007 2 comments

myspace layouts, myspace codes, glitter graphics
<$RESEPI PILIHANKU$>
myspace layouts, myspace codes, glitter graphics
SOLOK LADA
Hari ni minggu cuti persekolahan akhir tahun,so mulalah aktiviti kat dapur.Macam2 permintaan dari suami dan anak2.Jadi mula sekali saya tunaikan dulu yang bapaknya,cili ni sebenarnya dia beli minggu lepas di pasar Siti Khadijah Kelantan, khas untuk buat Solok Lada.Ha... inilah hasilnya.Kekawan suma bolehlah cuba ia sesuai dimakan dengan nasi dagang atau nasi putih.Tapi hubby kata masak simple jadi tak payah masak nasi dagang.Dia cuma nak makan dgn nasi putih ja orait jugak.....



BAHAN-BAHAN:

1 ekor ikan tenggiri(rebus-ambil isi ikan)
2 cawan kelapa parut
6 ulas bawang
3 hiris halia
1/2 camca teh lada hitam
1 cawan santan
1 biji telur ayam
10 tangkai cili hijau
2 camca besar gula
1 camca teh garam

Cara membuatnya:

1.Tumbuk bersama isi ikan,lada hitam,halia dan bawang merah.
2.Satukan bahan tumbuk,kelapa parut,garam,gula.Gaul.
3.Masukkan telur.Gaul lagi.
4.Belah cili dan sumbat ramuan ikan.
5.Atur dalam periuk tanah,taburkan gula dan garam.Curahkan santan ke atas cili.
6.Masak di atas api sederhana sehingga ia masak.

Labels:

posted by intan at November 18, 2007 0 comments

myspace layouts, myspace codes, glitter graphics myspace layouts, myspace codes, glitter graphics
KEK LAPIS INDIA

Kek Lapis India - Sumber Kak Deeyanas Rnet

Resepi ni saya dapatkan dari Teratak Chetam.Nampak ja dah tau mmg sedap.Terima kasih Chetam kerana sudi berkogsi dengan kami.Menurut Chetam Kek Lapis India ni merupakan salah satu dari resepi Kek Lapis Sarawak yang tengah heboh di Rnet. Resepi ini telah disumbangkan oleh Kak Deeyanas (orang Sarawak - tokeh kek lapis) semenjak tahun lepas tapi cuma menjadi sebutan apabila Kak Rodziah mencuba resepi ini dan menayangkan gambarnya minggu lepas. Menurut Chetam di Rnet semua kecoh dan teruja dengan gambar yang ditayangkan termasuklah Chetam...

Jadi bagi peminat Kek Lapis selamat mencuba.Begitu juga bagi kekawan yg lain cuba jgn tak cuba mesti ramai yg terpegun dengan rasanya yg best.....

Note(Citarasapilihan intan) : Sukatan di bawah saya telah ubahsuai sebab rasanya terlalu manis.Oleh itu, saya telah kurangkan sukatan gula dan susu terutama bagi yang baru nak mencuba resepi nih sebab rasanya sangat manis nanti terkezut pulak lidah tu..... hi hi hi ditambah lagi dengan coklat cadbury waduh nanti boleh dapat serangan Diabetes ehehehe Sowi ya Kak Deeyanas ....

Kek Lapis India
Sumber : Kak Deeyanas Rnet
Gambar Kek : Kak Rodziah Rnet

BAHAN-BAHAN:

16 oz mentega
10 biji telur
65 gm nestum putih (nestum beras bayi) saya ganti dengan nestum untuk famili (dikisar halus)
270 gm gula caster - (Sukatan asal 300 gm)
100 gm tepung biskut marie - Hancurkan biskut marie ngan blender baru ditimbang
1 peket santan serbuk (50gm) -optional(saya gunakan 1 oz santan kotak)
8 sudu makan susu PEKAT manis (sukatan asal 397 gm -manis tu )
120 gm tepung gandum
coklat cadbury secukupnya(saiz kecil) - perasa strawberry yoghurt

Cara:
Pukul mentega dan gula hingga kembang. Masukkan telur satu persatu hingga habis. Masukkan tepung biskut marie, nestum, tepung gandum, santan dan susu. Gaul rata. Bakar lapisan pertama hingga masak. Ratakan adunan untuk lapisan kedua dan susun coklat cadbury. Bakar hingga masak. Ulang hingga habis.

Nota Kaki Kak Deeyanas:
1) Biskut marie dikisar halus dan diayak baru ditimbang.
2) Susu dan gula boleh dikurangkan jika anda tidak gemar terlalu manis.
3) Gunakan acuan saiz 9" x 9" jika anda tidak suka kek yg terlalu tinggi.
4) Saya selalu kisar gula pasir biasa untuk buat kek, jarang guna gula kat bakery shop


TIPS MEMBUAT KEK LAPIS

TIPS MEMBUAT KEK LAPIS

1. Mulakan dengan Bismillah dan Selawat Nabi dan bila kek telah berjaya dihasilkan ucapkan Alhamdullilah. Yakin yang anda boleh membuatnya dan InsyaAllah akan berjaya.

2. Jangan terlalu digaul adunan tepung kerana ini akan membuat adunan tepung mendap dan tidak kembang.

3. Pandailah mengawal api kerana kek lapis cepat masak, sekiranya ditinggalkan kesian hangus kek itu tidak cantik jadinya.

4. Perlukan kesabaran bila membuat kek lapis, gagal sekali tidak bererti gagal selamanya. Kalau gagal cuba lagi, kali permulaan sy cuba membakar Kek Lapis sebanyak 2 kali gagal dan kali ketiga alhamdullilah kek cantik dibakar.

5. Jangan sapu terlalu banyak mentega diantara satu lapis dan lapis yang lain ini membuat kek lembab dan benyek. Cukup hanya sapu sekadar untuk kek tidak terlalu kering.

6. Ikut peraturan di resipi dan timbang bahan-bahan dengan teliti.

7. Pukul adunan telur dan gula sehingga betul-betul kembang. Nak tahu macam mana dia kembang, angkat adunan dan ia tidak mudah jatuh, kalau masih cair dan jatuh pukul lagi sehingga kembang. Ini paling penting, kalau adunan cair kek akan jadi tidak lawa dan juga kurang sedap.

8. Gunakan daya imaginasi dan kreativiti bila membuat kek lapis yang banyak bentuk dan warna. Bila kita sabar dan menggunakan daya creativiti insyallah kek akan menjadi lawa dan sedap dimakan.

9. Selesai membakar, biarkan kek betul-betul sejuk dalam loyang sebelum mengeluarkannya untuk dihidang.


Labels:

posted by intan at November 18, 2007 0 comments

myspace layouts, myspace codes, glitter graphics
<$RESEPI PILIHANKU$>
myspace layouts, myspace codes, glitter graphics
Daftarlah menjadi ahli kutu sekarang!!!!

Citarasa pilihan intan memperkenalkan GELANG BIOMAGNETIK E-DYMIUM!
Pasti ramai yang telah mendengar mengenai gelang ini.. Jadi, saya mengambil kesempatan memperkenalkan gelang Biomagnetik yang banyak memberikan kebaikan ini...

ANDA BOLEH MELIHAT POST SAYA SEBELUM INI MENGENAI GELANG E-DYMIUM

Boleh join group KUTU!

Produk berkualiti
Kepuasan pembeli adalah keutamaan
Sebarang pertanyaan, silalah email atau sms saya!

email:i_nozra@yahoo.com
contact no:012- 4348999

Bayaran kutu serendah RM50/sebulan untuk jenis Stainless Steel dan RM60/sebulan utk Titanium....
Daftarlah menjadi ahli kutu sekarang!!!!

Kita mulakan dengan info ringkas di bawah..!!

Gelang biomagnetik E-Dymium :
Gelang biomagnetik E-Dymium bukan sahaja dicipta sebagai bahan aksesori yang bergaya tetapi di samping itu mempunyai barisan Magnet Neodymium yang terbukti dapat mengembalikan keseimbangan arus elektromagnet di dalam sel-sel darah manusia. Kaedah ini dikenali sebagai “Terapi bio magnetik”.
Kebaikan gelang magnetik E-Dymium
• Meneutralkan pH dalam badan
• Melancarkan perjalanan darah
• Meningkatkan oksigen dalam badan
• Mengurangkan kebengkakan (cellular)
• Mempercepatkan proses biologi dalam sistem badan dan mengurangkan kesakitan
• Mengawal kencing manis
• Melegakan kesakitan otot dan sendi
• Meningkatkan tenaga batin
Simptom-simptom yang biasa dihadapi dari pemakai :
• Kebas
• Pening kepala
• Sakit perut
• Susah tidur
• Sakit
( kesemua simptom ini adalah berlainan bagi setiap individu bergantung pada keseriusan jenis penyakit yang dihadapi)
Sebarang pertanyaan, silalah email atau sms saya!
Jemputlah datang!
Lurve : Intan

Labels:

posted by intan at November 13, 2007 0 comments

myspace layouts, myspace codes, glitter graphics

Mycodesplace - the best myspace site

myspace layouts, myspace codes, glitter graphics

myspace layouts, myspace codes, glitter graphics

thediamonddew.com
thediamonddew.com

myspace layouts, myspace codes, glitter graphics

myspace layouts, myspace codes, glitter graphics

thediamonddew.com
thediamonddew.com

thediamonddew.com
thediamonddew.com

FIGHT BREAST CANCER
FIGHT BREAST CANCER